SELEPAS terpalit dengan pelbagai dugaan dalam rumah tangga, pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini sudah mampu berdikari dan membawa seluruh keluarga bercuti ke luar negara.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata meskipun tiket penerbangan dan penginapan hanya diperoleh sehari sebelum berlepas, namun dia bersyukur kerana semua perancangan berjalan lancar.
"Alhamdulillah, bukan sahaja dapat bawa anak-anak, tapi ibu bapa saya (tiket penerbangan/hotel dapat sehari sebelum) dan adik sekali, semuanya atas perbelanjaan saya sendiri, syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberi," katanya.
Bella (tengah) akhirnya dapat merealisasikan impian anak-anak bercuti ke Paris.
Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.
Menurut penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu, pada awalnya dia ke Perancis atas urusan kerja, namun mengambil peluang membawa anak-anak bercuti sempena musim cuti sekolah.
Tambahnya, kedua-duanya anaknya iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna sudah lama menyimpan impian untuk ke Paris.
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Bella Astillah, anak dan Syed Saddiq di Nice curi perhatian, dipuji macam ‘family goals’… “Okay sempurna, sekarang dah boleh kahwin”
ARTIKEL BERKAITAN: Didi hanya bergurau dengan peminat, Bella Astillah terkejut muncul ‘hint’ bakal kahwin
"Akhirnya dapat berkongsi tentang percutian kami ke Perancis. Pada mulanya, hanya saya sahaja yang pergi atas urusan kerja.
"Tetapi bila saya sedar waktu itu cuti sekolah, saya tak sanggup mahu berseronok sendiri, lebih-lebih lagi Ayden dan Ara dah lama sangat impi ke Paris," ujarnya.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna yang kini berusia 5 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube