ANAK sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan meluahkan hasrat untuk bergelar pelakon aksi atau gangster kerana karakter itu disifatkan sebagai seorang lelaki macho.
Ammar, 17, berkata keinginan tersebut mula timbul selepas melihat lakonan mantap aktor Sharnaaz Ahmad menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga.
"Kalau ditawarkan untuk berlakon, saya nak berlakon dalam filem gangster sebab nampak macho. Saya tidak mahu filem komedi.
Ammar sentiasa mendengar nasihat bapanya.
"Kalau cakap fasal idola, saya nak jadi seperti watak Ghaz yang dilakonkan Sharnaaz Ahmad dalam filem Blood Brothers.
"Saya tak perah jumpa dia lagi sekarang baru teringin nak jumpa," katanya kepada mStar.
Menurut Ammar, dia tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian namun bapanya sentiasa berusaha untuk mengetengahkan bakat itu walaupun tidak berminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan terima puluhan tawaran reviu, sekali ‘post’ boleh cecah RM10,000
ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk bantu ibu bapa promosi jualan, Ammar Ahyan kena raba
Bagaimanapun dia percaya tindakan bapanya itu membuatkan dirinya dapat belajar sesuatu yang baharu selain meningkatkan keyakinan diri.
"Saya tidak tahu bercakap tetapi orang suruh saya jadi pengacara. Saya tidak tahu menyanyi tetapi orang minta saya jadi penyanyi.
"Saya tidak pandai memasak tetapi orang suruh saya jadi cef. Perkara yang saya tidak mahir tetapi orang suruh saya jadi. Saya tidak tertekan pun.
"Sebab saya rasa boleh belajar benda baru kecuali bila orang minta saya menyanyi. Saya memang tidak suka menyanyi tapi kalau nampak saya menyanyi itu adalah arahan bapa saya," katanya.
Ammar mahu berjaya seperti bapanya.
Berkongsi mengenai perancangan masa akan datang, Ammar memberitahu dia mahu membantu bapanya dalam perniagaan selain bercita-cita ingin menjadi ahli perniagaan dan pemimpin yang membantu masyarakat.
"Tahun depan saya mungkin akan membantu ayah saya tapi bukan dalam perniagaan kosmetik kerana saya tak pandai jual kosmetik.
“Kalau diminta pun kebanyakkan masa saya akan termenung sebab tak tahu nak cakap dan tak tahu maklumat," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube