SELEPAS sekian lama memilih untuk hidup solo, pelakon Ali Reza akhirnya mengakui hatinya kini sudah terbuka untuk mengenali seseorang.
Ali atau Ali Reza Kavoossi, 28, berkata dia tidak meletakkan sebarang syarat khusus dalam memilih teman istimewa, sebaliknya lebih mengutamakan keikhlasan dan keperibadian seseorang.
Menurut Ali, dia pernah menutup pintu hati selepas pemergian ibu tercinta yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
Ali pernah menutup pintu hati selepas pemergian ibu tercinta.
“Saya okay saja untuk berkawan dengan sesiapa pun… tak kisah soal umur. Dia muda atau lebih berusia saya terima saja.
“Apa yang penting dia memiliki hati yang baik dan menerima segala kekurangan saya.
“Sebenarnya agak lama saya menutup pintu hati. Selepas pemergian arwah ibu saya takut untuk rasa kehilangan itu. Disebabkan itu saya memilih untuk solo saja,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil belum buka hati untuk wanita lain, seronok dapat ucapan hari bapa daripada anak
ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Latiff fokus cari ketenangan, belum sedia buka hati kahwin lagi
Mengimbas kembali, Ali berkata dia pernah menutup pintu hati selepas pemergian ibu tercinta yang dianggap sebagai satu kehilangan besar kerana memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
“Selepas mak meninggal, saya memang sibukkan diri dengan kerja. Boleh kata saya menutup hati daripada fikir soal hubungan kerana fokus itu pada keluarga dan kerjaya.
“Tapi sekarang saya makin terbuka. Saya rasa sudah tiba masa untuk kenal orang baharu,” ujarnya.
Pun begitu, Ali menjelaskan dia tidak terburu-buru dalam soal cinta sebaliknya lebih selesa mengenali wanita secara perlahan-lahan dan semula jadi.
Ali tidak tidak meletakkan sebarang syarat dalam memilih teman wanita.
“Saya tak tergesa-gesa, tapi kalau jumpa yang sesuai, saya tak menolak. Sekarang ni saya lebih percaya kepada proses berkenalan secara semula jadi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ali kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod arahan Rashid Sibir berjudul Setiaku Berdiri.
Untuk info, Ali yang berdarah campuran Melayu Iran memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon pada 2016.
Antara drama yang berjaya melonjakkan nama Ali dalam industri seni adalah Do You Love Me, Captain yang ditayangkan di TV3 pada 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube