suria

“Mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta” - Polis sahkan kematian pengarah Ejen Ali tiada kaitan gaduh, dipercayai alami ‘sakit misteri’

Mangsa bersama isterinya dikatakan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

POLIS mengesahkan kematian pengarah animasi popular Ejen Ali, Andi Abdul Ghani Kadir yang ditemukan lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, di Kinabatangan, Sandakan, Sabah tiada kaitan dengan insiden pergaduhan bersama isteri. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai secara tiba-tiba bertindak keluar dari kereta. 

"Tiada insiden gaduh dengan isteri, tiba-tiba sampai jambatan mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar (sebelum kali terakhir dilihat di jambatan sungai," katanya menerusi laporan Harian Metro. 

Mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai.

D Ravi juga tidak menolak mangsa berusia 42 tahun itu mengalami ‘sakit misteri’ sebelum hilang kerana jatuh ke sungai dalam pada Selasa lalu.

Mangsa bersama isterinya dikatakan dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Mayat mangsa kemudian ditemukan oleh pasukan penyelamat sehari selepas dilaporkan terjun ke sungai berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lepas kahwin, pengarah animasi Ejen Ali meninggal dunia... Mayat ditemukan selepas sehari hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Kutip RM15.3 juta dalam 4 hari, ‘Ejen Ali The Movie 2’ bukti filem animasi tempatan semakin hebat

Sebelum ini, mStar melaporkan mayat yang ditemui tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah pada Rabu merupakan pengarah animasi Ejen Ali.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, yang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain