suria

Elly Mazlein undur diri, tak mahu bertanding anugerah... Beri ruang pengacara baharu

Elly hargai sokongan peminat terhadap kerjaya seni.

PENYANYI Elly Mazlein memberitahu dia tidak mahu lagi bertanding atau dicalonkan dalam mana-mana program anugerah. 

Pernah menang dalam kategori Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, kata Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, kejayaan itu sudah cukup memadai buat baginya. 

Malah penyampai radio itu juga ingin memberi ruang buat rakan industri lain menjadi calon dalam anugerah seumpama itu. 

Perkongsian Elly di Instagram. 

"Saya akan buat kenyataan di Instagram untuk pengunduran diri dalam sebarang program berbentuk anugerah. 

"Alhamdulillah saya pernah merasa menang sebelum ini. Seaya memberi ruang kepada pengacara lain," katanya. 

Elly berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tak tunggu orang toksik berubah, pilih ‘angkat kaki’ daripada merana 

ARTIKEL BERKAITAN: Memang tiada peluang tengok wajah anak Elly Mazlein, mahu mereka hidup seperti orang biasa

Menerusi komen berkenaan, dia sekali gus menafikan sedang dalam usaha berkempen meraih undi peminat untuk edisi ABPBH akan datang. 

Tambahnya sebagai seorang selebriti apa yang lebih penting adalah sentiasa dekat di hati peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni. 

Elly ketika memenangi ABPBH35. 

"Saya cukuplah sekadar menang di hati orang ramai. Saya sayang semua. 

"Insya Allah kita bersama dalam susah dan senang selagi ada rezeki," ujarnya. 

Dalam video yang dikongsi di laman Instagram rasmi Era FM, kelihatan Elly sedang menyanyi lagu popularnya berjudul Bungaku Bakawali menghiburkan peminat di Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain