PENYANYI dan pelakon, Alif Satar meluahkan rasa terharu apabila melihat sokongan luar biasa terhadap Palestin ketika berada di beberapa negara Eropah baru-baru ini.
Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 35, sepanjang berada di Berlin, Paris dan London, dia tersentuh hati melihat ramai masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya memakai keffiyeh Palestin menggantikan skarf biasa.
“Beberapa hari aku di Berlin, Paris dan London… Cuaca makin sejuk. Tahu tak apa yang aku nampak?
Alif terharu dengan solidariti orang Eropah terhadap Palestin.
"Ramai orang daripada pelbagai latar belakang memakai keffiyeh Palestin daripada skarf biasa," katanya.
Alif berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada petang Jumaat.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi momen manis apabila dia memberi isyarat tanda keamanan (peace sign) setiap kali terserempak dengan individu yang memakai keffiyeh.
Reaksi mereka yang membalas senyuman sambil melaungkan 'Free Palestine' membuatkan penyanyi itu bertambah sebak dan bangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar kagum semangat isteri, berjaya tamatkan larian 10km walaupun hamil empat bulan
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atas jalan raya
“Bila nampak mereka, saya akan buat tanda keamanan dan mereka akan tersenyum kembali dan berkata 'Free Palestine',” ujarnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen positif daripada peminat yang turut menyatakan rasa kagum melihat kesedaran masyarakat dunia terhadap isu Palestin semakin meluas.
Malah, ada yang menyifatkan pengalaman Alif itu sebagai bukti perjuangan rakyat Palestin mendapat sokongan global, bukan sahaja daripada negara Islam tetapi juga daripada pelbagai bangsa dan agama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube