BERKONGSI keterujaan memulakan kehidupan baharu di kota London, pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann menzahirkan rasa gembira apabila berjaya mendapatkan rumah idaman mereka.
Tidak hanya itu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 30, juga meluahkan harapan agar persekitaran baharu itu dapat membuka rezeki buat mereka memiliki cahaya mata.
"Semoga dekat persekitaran dan rumah yang baru, kami berjaya dapatkan baby," katanya.
Janna berkongsi proses mereka berpindah masuk rumah baharu.
Janna berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Dalam hantaran berkenaan dia dan Dini dilihat berpindah masuk ke rumah baharu selepas hampir dua minggu tinggal di apartment penginapan.
Melihat gelagat pasangan itu berpindah, rata-rata turut teruja untuk melihat perjalanan hidup mereka di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick berhijrah ke luar negara, balik kampung ziarah datuk dan nenek sebelum berangkat
ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis suami dituduh bermasalah, sudah usaha hamil sampai minta Nabila Razali ‘pijak’ kaki
Menerusi tanda pagar yang digunakan, Janna dan Dini dipercayai berpindah ke London, England untuk menyambung pengajian.
Sementara itu ramai juga yang terus mendoakan harapan mereka memiliki cahaya mata akan tercapai.
"Saya tengah hamil, saya doakan semoga janna dapat baby.
Peminat terus mendoakan Janna dan Dini segera dapat cahaya mata.
"Semoga Janna dan suami dikurniakan zuriat dari rahimnya. Mudah-mudahan menjadi ibu ayah yang sentiasa bertaqwa.
"Semoga semua kami berdua dimakbulkan," komen netizen.
Untuk rekod Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.
Pasangan itu sebelum ini mengumumkan mereka membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube