KEADAAN penerbit Datuk A Aida dilaporkan beransur baik selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat peruabatn sejak Khamis.
Berkongsi keadaan terkini, anak kepada A Aida iaitu Azeva Natassha, 24, memberitahu ibunya masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
"Alhamdulillah sudah semakin okay, tetapi masih dengan alat bantuan pernafasan. Kena banyak pantau lagi," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.
Azeva (dua dari kanan) mohon doa untuk ibunya.
Sementara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Azeva turut memohon doa orang ramai agar A Aida kembali sedar selepas ditidurkan.
Malah dia juga berharap ibunya akan kembali pulih seperti biasa dan dapat bersama keluarga.
"Dengan rendah hati saya mohon doakan untuk ibu saya yang kini berada di ICU sedang bertarung nyawa.
ARTIKEL BERKAITAN: A Aida terpaksa ditidurkan, tiba-tiba rebah selepas rawatan fisioterapi... “Keadaannya tidak stabil di ICU”
ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida masuk ICU
"Semoga Allah berikan kesembuhan, sedarkan dalam keadaan baik tanpa sebarang komplikasi. Semoga dilimpahkan rahmat.
"Semoga doa kita semua diperkenankan, dan ibu saya diberi peluang untuk terus bersama keluarga yang amat menyayanginya," luah Azeva.
A Aida kini menerima rawatan di ICU.
A Aida atau Zaidah Awang, 55, rebah secara tiba-tiba selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Dia sebelum itu menjalani pembedahan lutut pada Selasa dan berada dalam keadaan normal.
Penerbit berkenaan terus dimasukkan ke ICU untuk menerima rawatan susulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube