SEKOLAH yang dibina penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di Palestin musnah akibat terkena serangan bom tentera Zionis.
Berita sedih tentang institusi yang diberi nama Sekolah Afwa Al Aafiyah dikongsi sendiri oleh Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, di akaun Instagram miliknya.
"Akhirnya Israel membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah.
Siti berkongsi berita sedih di Instagram miliknya.
"Sekolah Afwa Al Aafiyah telah pun musnah dibedil bom," katanya.
Dalam kedukaan tersebut Siti juga mengambil pendekatatan positif untuk terus bangkit bagi membantu anak-anak Palestin di sana.
Sementara jtu, dalam satu hantaran berbeza Biduanita Negara itu turut menitip doa untuk kesejahteraan rakyat di negara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Syukur! Siti Nurhaliza lega berjaya buka sekolah di Gaza, persembahan amal November depan bantu isi dana teruskan projek amal
ARTIKEL BERKAITAN: Sediakan makanan setiap hari, Siti Nurhaliza komited bantu Palestin
Beliau dalam masa sama memaklumkan sukarelawan yang membantu dalam pengurusan sekolah itu bersama ahli keluarga yang lain kini dalam proses berpindah.
"Tidak mengapa, kita pasti bangkit semula.
"Dr Mohanad serta keluarga semua telah berpindah ke selatan. Kami akan membantu mereka di sana.
Siti dan suami membina sekolah untuk membantu kanak-kanak Palestin.
"Doaku sentiasa untuk Gaza," luahnya.
Sekolah Afwa Al Aafiyah dibangunkan pada sekitar tahun 2021 yang mana ia bertujuan membantu kanak-kanak di negara itu mendapatkan tempat belajar.
Ia merupakan usaha Siti di bawah Yayasan Nurjiwa bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa.
Dalam temu bual sebelum ini, Siti memaklumkan sekolah berkenaan tidak pernah terkesan selepas Israel mula melancarkan serangan sejak hujung 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube