PELAKON Puteri Sarah Liyana secara sinis menegur seorang individu yang sengaja meninggalkan komen kurang sopan terhadap dirinya.
Mengingatkan tentang adab, Puteri Sarah, 40, sempat meninggallan pesan supaya individu tersebut menjaga tingkah laku.
"Jadi manusia harus ada adab. Jangan jadi manusia yang kurang diajar," katanya.
Perkongsian Puteri Sarah di Threads.
Puteri Sarah menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya yang mana ia juga ditujukan khas kepada akaun atas nama @nabila_alsya.
Hantaran tersebut dibuat selepas individu berkenaan mempersoalkan hubungan baik Puteri Sarah dengan rakan perniagaan asal Indonesia iaitu Andi Arsyil.
Pelakon tersebut dalam masa sama berkongsi nasihat tentang semangat persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ada ketika saya sedih” - Puteri Sarah mula kenal hati budi Andi Arsyil
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah tanggung ‘biawak hidup’, Puteri Sarah minta netizen Google siapa Andi Arsyil
"Orang Malaysia, orang Indonesia semua serumpun," ujarnya.
Dalam satu komen yang dibuat individu tersebut berpendapat Andi tidak seharusnya memilih Puteri Sarah kerana statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.
"Bujang dapat janda anak dua. Seharusnya lebih baik bernikah sama bujang.
"Wanita bujang muslimah itu orangnya suci tak pernah disentuh sebelum dihalalkan," komen individu tersebut.
Hubungan baik Puteri Sarah dan Andi menjadi perhatian ramai.
Puteri Sarah sebelum ini memberitahu hubungannya dengan Andy mula memasuki fasa suai kenal selepas sama-sama terlibat dalam pernigaan.
Untuk rekod, Puteri Sarah sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 7 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube