PELAKON Atiq Azman membuat kejutan buat isteri tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu jenis Toyota Alphard.
Kata Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 25, pemberian itu juga sebagai menunaikan impian suri hatinya, Alia Natasha.
Bukan itu sahaja, kenderaan jenis tersebut juga diharapkan dapat memberi keselesaan buat mereka yang bakal menimang cahaya mata sulung.
Atiq memujuk isteri yang menangis ketika mendapat kejutan.
"Saya nak tunaikan impian isteri. Hadiah ini bukan sesuatu yang besar atau untuk dibanggakan. Doa saya ini ini bakal jadi kenangan indah buat kami bertiga.
"Rezeki ini bukan untuk saya berbangga, tetapi pinjaman Allah agar isteri tersayang lebih selesa dan sebagai tanda kasih buat anak kecil yang masih dalam kandungan," katanya.
Atiq berkongsi video membuat kejutan itu bersama isterinya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Atiq Azman hamil anak sulung, takut kehilangan sebab disyaki kandungan luar rahim
ARTIKEL BERKAITAN: “Paling biadab, perangai pun macam musibat” - Atiq Azman dedah sikap buruk pempengaruh di set penggambaran
Menerusi video berkenaan kelihatan Alia seakan-akan tidak percaya apabila tertera nama mereka berdua dalam dokumen pembelian berkenaan sebelum menangis dalam dakapan suami.
Atiq dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan selain rezeki bakal bergelar bapa.
"Syukur Allah hadirkan nikmat ini di saat kami sedang menanti anugerah terindah.
Atiq dan isteri juga teruja bakal sambut kelahiran cahaya mata pertama.
"Dia tidak percaya ini kereta kami. Untuk anak kita juga," balas Atiq memujuk isterinya itu.
Untuk rekod Atiq dan Alia sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang berlangsung pada 21 Februari lalu.
Mereka mengumumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube