suria

Berat melepaskan, Erra Fazira masih fikir pilihan terbaik untuk Aleesya

Erra mahukan yang terbaik buat Aleesya.

MELIHAT pencapaian cemerlang anaknya dalam bidang akademik, pelakon dan penyanyi Erra Fazira sedar suatu hari nanti dia perlu melepaskan Engku Aleesya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, tidak menolak kemungkinan puteri tunggalnya itu berpeluang menyambung pengajian ke luar negara.

Namun, katanya, perkara tersebut masih dalam perbincangan bersama bekas suami, Engku Emran.

Aleesya cemerlang dalam akademik. 

"Ia satu keputusan yang sukar. Saya dan bapanya masih lagi dalam perbincangan kalau dia nak pergi luar negara. 

"Kami masih lagi mempertimbangkan beberapa pilihan. Mungkin Aleesya ambil peluang belajar dalam negara dahulu. Nak berpisah memang agak berat," katanya kepada mStar. 

Dia berkongsi perkara itu selepas tular kejayaan Aleesya, 16, meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

ARTIKEL BERKAITAN: “Belum ada tarikh” - Erra Fazira 

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal dahulu sebelum terima, Erra Fazira bukan pilih sembarangan

Tambah Erra, sebagai seorang ibu yang juga pernah menuntut di sekolah berasrama, dia sendiri mahu anaknya belajar tentang cara hidup berdikari di masa akan datang. 

"Saya mahu Aleesya duduk asrama supaya dia tahu erti susah. Sebagai ibu saya perlu melepaskan anak untuk dia belajar berdikari. 

Erra sedar sukar untuk melepaskan anaknya belajar ke luar negara, 

"Tetapi bapanya belum bersedia. Mungkin dia fikir Aleesya masih kecil," ujarnya. 

Untuk rekod Aleesya merupakan anak hasil perkahwinan Erra bersama Engku Emran sebelum ini. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun berpisah secara baik pada 18 Februari 2014. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain