suria

Ippo Hafiz sah ceraikan isteri talak satu

Perkahwinan Ippo dan Fara berakhir dengan perceraian.

PENYANYI dan komposer, Ippo Hafiz sah bercerai talak satu dengan isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.

Peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika dihubungi mStar mengesahkan perkara itu dan memaklumkan proses perceraian berlangsung dengan aman. 

"Mereka telah bercerai secara baik, tidak ada sebarang masalah," katanya pada Isnin. 

Fakhrul (kanan) mengesahkan Ippo sudah bercerai. 

Fakhrul mengulas perkara tersebut selepas Ippo atau Muhammad Hafiz Yaziz, 36, memilih untuk berdiam diri apabila ditanya tentang status rumah tangganya. 

Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, Ippo meminta sebarang isu berkaitan kes perceraiannya ditanya kepada  peguam yang mewakilinya untuk mendapatkan sebarang kepastian. 

Menurut Fakhrul, hak penjagaan kedua-dua anak telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 4 bulan tak balik rumah, Ippo Hafiz fail nusyuz 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri fail cerai sejak Februari, Ippo Hafiz 2 kali tak datang sebutan kes

"Kes hadanah diselesaikan pada 27 Februari lalu. Hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas isteri, tetapi Ippo mendapat hak lawatan," jelasnya. 

Fara sebelum ini memfailkan cerai terhadap Ippo pada Februari 2024. 

Untuk rekod Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain