PENYANYI dan komposer, Ippo Hafiz enggan terlalu terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kisah rumah tangganya yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini.
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 36, berkata apa sahaja yang berlaku antara dia dan isterinya biarlah menjadi urusan mereka tanpa perlu dihebahkan kepada umum.
"Biarlah kisah peribadi saya simpan sendiri. Kalau boleh saya mahu orang lebih fokus kepada kerjaya muzik," katanya ringkas kepada mStar.
Ippo tidak mahu kisah rumah tangga menjadi perhatian.
Ippo berkata demikian selepas status rumah tangganya dengan Fara Roslan terus menjadi tanda tanya ramai.
Mereka sebelum ini pernah melalui proses turun naik mahkamah selepas Fara sendiri mamfailkan perceraian terhadap Ippo pada Februari 2024.
Penyanyi itu juga pernah memfailkan nusyuz terhadap Fara kerana mendakwa isterinya tidak pulang ke rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan hadir ke mahkamah, Ippo Hafiz tak terima saman tuntutan cerai isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 4 bulan tak balik rumah, Ippo Hafiz fail nusyuz
Menurut Ippo, dia tidak mahu kisah sensasi berkaitan rumah tangga akan menjadi tatapan dua cahaya matanya apabila mereka dewasa nanti.
"Apa sahaja orang nak kata mereka boleh kata. Tetapi saya tidak mahu campur urusan peribadi dengan kerja.
Fara memfailkan cerai pada Februari 2024.
"Saya juga ada anak. Kalau boleh saya tak mahu mereka menonton atau membaca apabila sudah besar nanti. Itu boleh mengganggu perkembangan mereka," jelasnya.
Untuk rekod Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube