KERJASAMA penyanyi Aina Abdul bersama pereka fesyen kegemarannya, Melinda Looi bukanlah sesuatu yang asing dalam menghasilkan busana-busana hebat.
Menurut Melinda, dia kagum dengan cara Aina menjaga pegangan agamanya selain memuji penyanyi itu sentiasa memberikan contoh yang baik kepada peminat.
Walaupun Aina selalu tampil dengan idea-idea 'gila' dalam berpakaian namun penyanyi itu sentiasa mengutamakan penjagaan aurat.
Aina dan Melida sudah lama bersahabat.
“Aina seorang yang sangat menghormati agamanya. Dia sentiasa memastikan untuk solat sebelum persembahannya.
"Dia juga selalu beritahu yang dia tidak mahu pakaian yang terlalu pendek.
"Maksud saya dia tahu membawa dirinya dengan baik walaupun bermain dengan idea gila tapi dia tetap berpegang pada agama dan itu membuat saya cukup menghormatinya," katanya.
Melinda berkongsi perkara itu ketika menghadiri sebuah majlis bersama Aina yang dikongsi semula di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Melinda Looi sanggup tak sambut Tahun Baru Cina demi Aina Abdul, cerita proses hasilkan busana ‘Tree of Life ’
ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak sepatut berlaku” - Aina Abdul ulas kemenangan vokal dipertikai, bukan sekadar nyanyi nota tinggi
Menurut Melinda, dia juga melihat Aina sebagai seorang yang sangat menghormati diri sendiri.
Tidak hanya itu, sikap peramahnya pada peminat juga membuatkan dia sangat menyayangi penyanyi itu sehingga sanggup turun padang menyiapkan Aina.
"Walaupun saya bukan Muslim tapi saya menghormatinya kerana saya percaya orang yang menghormati diri sendiri akan menghormati orang lain.
"Itu yang membuatkan saya ‘admire’ dengan Aina termasuklah keseluruhan pasukannya yang baik. Saya tak pernah lihat artis seperti dia yang sangat merendah diri.
Aina dan Melinda banyak hasilkan busana hebat.
"Saya rasa semua orang bersetuju. Malah setiap kali persembahan dia akan menyapa peminat berbanding sesetengah artis yang akan terus ‘cabut’ balik ," kongsinya.
Untuk rekod, Aina dan Melinda pernah berkerjasama dalam beberapa acara seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan konsert solo Aina iaitu A Night with Aina Abdul (ANWAA) 3.0.
Malah menerusi hasil sentuhan Melinda, busana Aina pernah beberapa kali mendapat perhatian ramai seperti busana Tree of Life, Jantung, Cermin Cinta, dan One Fairy Queen A.