PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa enggan mengulas panjang mengenai dakwaan kononnya rumah tangga bersama isteri, Aireena Sofia Zakaria sedang berdepan masalah.
Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, sejak awal perkahwinan dia memilih untuk tidak menghebahkan hal peribadi di media sosial.
“Isu rumah tangga saya memang tak nak ulas. Daripada mula kahwin sampai sekarang, saya tak pernah dedahkan atau repost apa-apa pun,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Hubungan Haqiem dan isteri dalam keadaan baik.
Jelas Haqiem, salah faham tercetus selepas Aireena memuat naik satu status yang didakwa netizen seolah-olah membuka cerita mengenai masalah rumah tangga mereka.
Namun sebagai suami, dia lebih selesa menenangkan keadaan dan menasihati isterinya supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan di media sosial.
Malah Haqiem menjelaskan dia dan isteri masih tinggal sebumbung dan tiada sebarang masalah.
“Saya cuma cakap pada dia berhenti muat naik sebarang kenyataan di media sosial dulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa kini suami Aireena Sofia... Kenal 3 minggu terus ajak nikah, serah mas kahwin RM77,777.77
ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa mahu lalui hidup macam orang biasa, enggan terus jadi influencer... Fikir masa depan bakal isteri dan anak
“Saya dengan isteri masih okay dan tinggal bersama dalam satu rumah, cuma masing-masing berehat dengan cara sendiri.
“Yalah, dia pula sedang berpantang jadi emosi dia lain… begitu juga saya ada emosi sendiri, itu saja,” jelasnya.
Dalam pada itu, Haqiem turut menafikan kenyataan mengenai dirinya konon hidup dalam hubungan toksik.
Katanya, ia hanyalah salah faham yang timbul akibat emosi ketika marah.
Kenyataan isteri Haqiem di media sosial.
“Berhubung kenyataan toksik tu sebenarnya tak ada apa-apa… mungkin saya tengah marah bila baca artikel di media sosial, main lepas cakap.
“Saya anggap semua ini sebagai ujian untuk kuatkan keluarga,” ujarnya.
Sebelum ini, Aireena meluahkan rasa terkilan selepas anak mereka yang diberi nama Hud terkena tempias kecaman netizen.
Susulan itu, Haqiem memberi bayangan perkahwinan dia bersama isteri tidak seindah seperti apa yang dipamerkan di media sosial.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube