suria

Kecoh pereka terkenal hutang jutaan ringgit dengan Intan Najuwa, Rizman Ruzaini terkejut nama kena petik

Rizman pelik namanya dipetik pereka berhutang dengan Intan.

NAMA pereka fesyen, Rizman Ruzaini secara tiba-tiba menjadi sebutan netizen di media sosial selepas pelakon Intan Najuwa menuntut bayaran hutang mencecah jutaan ringgit daripada seorang individu bergelar pereka.

Namun begitu, salah seorang pengasas jenama tersebut iaitu Rizman Nordin menegaskan dia sama sekali tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan.

Malah Rizman juga tidak pasti adakah dia dan rakannya Ruzaini Jamil adalah individu yang dimaksudkan oleh Intan.

Rizman pelik namanya dan Ruzaini dipetik netizen.

“Saya tiada kenyataan apa-apa sebab tak tahu menahu tentang isu berkenaan.

“Tak tahu pun adakah ianya berkaitan dengan Rizman Ruzaini,” katanya ringkas kepada mStar.

Sebelum ini, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa kecewa apabila individu dipercayai seorang pereka terkenal gagal melunaskan pinjaman wang seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bertulis.

Menurut Intan, individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji manis, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk membayar semula hutang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tuntut pereka terkenal bayar duit pinjaman cecah jutaan ringgit, tak teragak-agak dedah identiti sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun merah jambu rekaan Rizman Ruzaini di Festival Filem Cannes

Lebih mengecewakan kata Intan, individu terbabit masih bebas mempamerkan gaya hidup mewah walaupun hutang berjumlah jutaan ringgit itu masih belum dilangsaikan.

Enggan mendedahkan identiti sebenar, Intan berkata dia berusaha bertahun-tahun menyelesaikan isu berkenaan secara baik, namun akhirnya memilih untuk bersuara selepas kesabarannya hilang.

Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh netizen sebagai pihak yang dimaksudkan Intan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain