suria

Suami Dian P Ramlee meninggal dunia

SUAMI pelakon veteran, Dian P Ramlee iaitu Md Amanti Ahmad meninggal dunia di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya, Selangor kira-kira jam 10.50 pagi pada Sabtu.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Dian menerusi satu hantaran di Instastory miliknya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun.

Dian mengesahkan berita pemergian suaminya menerusi hantaran di Instastory.

“Al-Fatihah buat suamiku Md Amanti Ahmad, 26 Julai 1953 - 27 September 2025,” tulisnya ringkas.

Difahamkan Allahyarham menghidap penyakit kencing manis selain masalah jantung dan mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat sejak sambutan Aidiladha lalu.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ, Selangor pada hari sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya jika jiwa filem ini diselami namun ‘kekeliruan cerita’ pamer kelemahan ‘Bu’

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sedih Mariani Tidak Sempat Terima Anugerah

Untuk rekod, Md Amanti pernah berkhidmat sebagai pramugara sebelum bersara dan meneruskan kerjaya terakhirnya sebagai jurulatih kabin kru baharu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 September 1981.

Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Md Al Safrin, Siti Arianti dan Siti Adianti serta enam orang cucu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain