PENYANYI Aepul Roza terkejut apabila wajah seorang wanita yang dikaitkan dengan isu rumah tangga tular baru-baru ini dikatakan mirip dirinya.
Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 37, secara berseloroh berkata, usikan itu mungkin disebabkan oleh rambut mereka yang sama panjang.
“Syaitan, boleh pula muka sama… jangan buat hal ya.
Muka Aepul dikatakan mirip dengan wanita 'kantoi curang'.
“Rambut panjang, pakai kaca mata, kulit sawa matang.
“Saya nak pesan ni, jangan buat hal dalam Malaysia… saya kena fitnah,” katanya dalam nada bergurau.
Aepul berkongsi perkara itu menerusi sebuah video dimuat naik di akaun TikTok Geng Drama pada Sabtu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan tersebut apabila mengakui wajah wanita berkenaan seakan-akan sama dengan penyanyi itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Lantik isteri jadi orang tengah untuk elak fitnah, Aepul Roza dipuji jaga hati Leez Rosli
ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza tak sentuh isu rumah tangga Cik Epal dalam lagu, tapi mengaku ada usik sikit-sikit
Malah ada juga yang memberi cadangan agar Aepul menerbitkan lagu baharu tentang kisah tersebut.
“Ada terfikir juga muka perempuan tu sama macam muka Aepul.”
“Patutlah muka perempuan tu macam saya kenal, rupa-rupanya lebih kurang sama macam Aepul.”
Netizen minta Aepul buat lagu baharu.
“Dah boleh buat lagu ‘Tanyalah Husband You’,” tulis netizen.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita bertindak menyerang suaminya di sebuah klinik kesihatan selepas mendakwa lelaki itu berlaku curang bersama seorang wanita lain dipercayai skandalnya.
Lebih mencuri perhatian, wajah wanita itu didakwa mempunyai iras dengan Aepul sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi lucu dalam kalangan netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube