PELAKON Emma Maembong berpendapat tiada salahnya anak seni melebarkan sayap ke luar negara sekiranya diberikan peluang dan tawaran.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata dia tidak kisah untuk berusaha lebih demi memastikan peluang yang datang tidak disia-siakan.
“Kalau rezeki itu ada di negara luar, kita patut cuba.
Emma sanggup belajar bahasa asing jika diperlukan dalam karya luar negara.
“Contohnya kalau produksi dari China nak ambil saya, saya sanggup belajar bahasa mereka demi menerima tawaran tersebut,” katanya kepada mStar.
Menurut Emma, dia mahu mencuba pelbagai cabaran baharu dalam kerjaya seni memandangkan pengalaman seperti itu mampu memberikan nilai tambah buat dirinya.
Malah, katanya dia juga tidak kisah sekiranya perlu mengeluarkan modal sendiri asalkan dapat memenuhi impian untuk berlakon di peringkat antarabangsa.
“Sebagai pelakon, kalau boleh saya mahu masuk ke semua negara untuk merasai pengalaman berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN: Disangka ‘rehearsal’ majlis kahwin, Emma Maembong jelaskan sebab pakai baju pengantin
ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong tak pelik janda kahwin lelaki bujang... “Situasi ini wujud dalam realiti masyarakat kita”
“Kalau ada mana-mana negara luar yang berminat nak ambil saya berlakon, saya sanggup belajar. Kalau perlu keluarkan duit sendiri pun saya rela.
“Sebab saya nak belajar perkara baharu. Takkan sampai bila-bila kita nak duduk di tempat yang sama,” ujarnya.
Untuk rekod, Emma pernah berlakon dengan produksi dari Indonesia menerusi filem Bisikan Jenazah yang ditayangkan pada 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube