suria

A Aida sudah sedarkan diri, boleh bercakap

Aida semakin pulih selepas tiga hari menerima rawatan.

SELEPAS hampir tiga hari ditidurkan, penerbit Datuk A Aida dilaporkan sudah sedarkan diri  dan berada dalam keadaan baik.

Menurut rakan baiknya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, A Aida kini tidak memerlukan bantuan alat oksigen selain boleh bercakap seperti biasa.

“Alhamdulillah A Aida menunjukkan perkembangan yang positif tengahari semalam. Tahap kesihatannya bertambah baik.

Rakan kongsi perkembangan terkini A.Aida.

“Doktor sudah mencabut wayar-wayar di mulutnya dan dia tidak perlu lagi bergantung bantuan oksigen. A Aida juga sudah mula bercakap hari ini,” katanya kepada mStar.

Mohd Izhar berkata, dia berterima kepada semua pihak yang tidak henti mendoakan A Aida selama dia berada dalam keadaan kritikal.

“Alhamdulillah berkat doa orang ramai di masjid dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakannya, dia sudah kembali normal.

ARTIKEL BERKAITAN: A Aida masih bergantung alat bantuan pernafasan, anak kongsi perkembangan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida masuk ICU

“A Aida orang yang baik, jadi pasti ramai yang mendoakan kesejahteraannya,” katanya.

Terdahulu, A Aida, 55, dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Mohd Izhar berkata, Selasa lalu A Aida menjalani pembedahan lutut dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas sesi rawatan itu dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain