BERSIMPATI dengan nasib menimpa rakan industri seni, pengarah Murali Abdullah berhasrat ingin membantu pelawak dan pelakon Sathia.
Murali, 62, berkata dia ingin menghasilkan sebuah drama pendek sekali gus bagi mengutip sumbangan buat rakannya itu.
Katanya, idea tersebut tercetus selepas melihat foto penyanyi kegemarannya iaitu Datuk David Arumugam bersama Sathia di hopsital.
Pertemuan Sathia dan David beri idea baharu buat Murali.
"Legenda muzik berjumpa dengan legenda komedi. Semalam David Arumugam ( Alleycats) bertemu dengan Baby Face (panggilan mesra Sathia).
"Saya sangat meminati David Arumuggam, teringin nak gandingan mereka berdua di dalam satu drama YouTube.
"Kalau saya mengarah drama ini dengan tujuan nak kutip derma untuk Sathia anda akan tonton tak?," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya gembira saja macha” - Sathia reda kaki kiri dipotong, syukur masih ada keluarga dan rakan-rakan
ARTIKEL BERKAITAN: Sathia tetap ceria lepas hilang tiga jari kaki, masih gigih berlakon walaupun berkerusi roda
Murali berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook miliknya yang turut memaparkan foto Sathia dan David.
Menurut Murali, dia ingin menghasilkan karya yang menyentuh hati kerana itu memang kemahirannya selain turut menyelitkan elemen komedi.
"Sebuah drama komedi, ada muzik dan menyentuh perasaan (trade mark saya suka bagi penonton menangis).
Sathia menjalani rawatan di hospital selepas pembedahan bahagian kaki.
"Kalau anda setuju, cuba bagi tajuk dan sedikit jalan ceritanya. Jangan pula minta banyaran RM2 juta pula," luahnya.
Sebelum ini, Sathia, 61, reda apabila kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut selepas mengalami jangkitan kuman akibat saraf darah yang tidak lagi berfungsi.
Sebelum itu, dia juga kehilangan tiga jari kakinya kanan akibat jangkitan kuman berpunca daripada penyakit diabetes kronik
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube