PELAKON Rita Nadira memberitahu hubungannya dengan penyanyi Chubb-E tidak lagi rapat seperti dahulu dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Biarpun begitu, kata Rita atau Rita Nadira Mohd Ritamurni, 28, kedua-duanya saling kekal menghormati antara satu sama lain.
“Status kami sekarang dah tak berkawan rapat seperti dulu. Tapi kami saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya ringkas kepada mStar.
Rita sebelum ini dilihat rapat Chubb-E.
Rita ditemui ketika menghadiri sidang media filem Qifarah yang berlangsung di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada petang Ahad.
Ditanya mengenai hubungan bersama seorang jejaka berjambang yang pernah dikongsikannya di media sosial, Rita mengakui mereka kini dalam fasa mengenali hati budi.
Malah, aktres ini juga tidak menolak kemungkinan untuk menamatkan zaman bujang sekiranya mereka dijodoahkan bersama.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama lelaki berjambang, netizen dakwa Rita Nadira sedang dilamun cinta… “Ini baru sepadan”
ARTIKEL BERKAITAN: Bersih kontroversi, Rita Nadira syukur tak putus tawaran lakonan
“Kami berkawan, dalam fasa mengenali hati budi. Saya mengenali dia sudah enam bulan.
“Umur saya pun dah 28 tahun. Kalau ada rezeki berjodoh kenapa tidak? Tapi setakat ini masih mengenali.
“Saya tak letak berapa sasaran umur kahwin, tapi nak kata sedia tu tidaklah 100 peratus,” jelasnya.
Tapi setakat ini masih mengenali
RITA NADIRA
PELAKON
Tambahnya dia kini lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi termasuk kisah hubungan romantik.
Selain mahu menjaga privasi, kematangan usia juga membuatkan Rita lebih menghormati peribadi orang terdekat.
“Sebelum ini terbuka berkongsi saya rapat dengan siapa, tapi mungkin sekarang dah dewasa sedikit dan menghormati dia jadi kami pilih jaga privasi. Tak tahu orang suka atau sebaliknya.
“Apa saya boleh kata, dia bukan dalam kalangan orang dalam industri,” ujarnya.
Barisan pelakon Qifarah.
Rita sebelum ini pernah digosipkan menjalinkan hubungan istimewa dengan Chubb-E namun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut.
Terbaharu, perkongsian foto mesranya bersama seorang jejaka berjambang di media sosial mencuri perhatian ramai sehingga menimbulkan spekulasi kononnya dia sedang dilamun cinta.
Dalam perkembangan lain, Rita bakal tampil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.
Filem itu turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube