SUSULAN kejadian anaknya terjatuh dari buaian, pelakon Datin Atikah Suhaime dikatakan tidak berhenti menangis dan menyalahkan diri sendiri.
Menurut suaminya, Datuk Lokman Teh, dia sendiri sudah cuba memujuk Atikah dan menganggap insiden yang berlaku adalah secara tidak sengaja.
"Saya dah cuba tenangkan Atikah dan maklumkan yang dia tak gagal sebagai seorang ibu. Saya juga katakan ini bukan salah dia tetapi dia tidak berhenti-henti menangis," katanya membalas komen pengikut di Threads.
Suami kongsi keadaan Atikah selepas kejadian anak jatuh buai.
Pasangan ini juga mengambil iktibar dari kejadian berkenaan supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap persekitaran terutama melibatkan anak mereka, Lyla Mulan Teh.
Berkongsi lanjut, Lokman juga memberitahu tiada sebarang kecederaan serius yang dialami oleh Mulan.
Malah mereka juga segera melakukan pemerikasaan di hospital selepas peristiwa Mulan terjatuh buaian.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak terjatuh buaian, Atikah Suhaime rasa gagal jadi ibu
ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime enggan terburu-buru, pilih masa sesuai untuk anak kedua… “Rozita Che Wan boleh je mengandung waktu umur dah berusia”
"Kejadian itu menjadi satu pengajaran buat saya dan isteri sebagai ibu bapa. Buaian elektrik anak tiba-tiba jatuh dan putus ketika Mulan sedang tidur.
"Hati saya luluh melihat wajahnya lebam. Kami terus bawa ke hospital untuk diperiksa dan Alhamdulillah, impaknya tidaklah terlalu teruk.
"Sebagai ibu bapa, memang perit rasanya melihat sesuatu yang tak mampu kami elakkan. Tapi dengan izin Allah SWT, ia hanya kecederaan ringan," ujarnya.
Atikah salahkan diri sendiri.
Atikah sebelum itu juga berkongsi kejadian sama dan menyalahkan diri sendiri kerana menganggap dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Dalam perkongsian yang dibuat, dia mendapat pelbagai respons termasuk memintanya bertenang kerana insiden seumpana itu berlaku tanpa sengaja.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube