suria

[V] Orang ketiga rupanya bukan isteri pertama… Nora Ariffin sedia tarik kes cerai tapi bersyarat

MISTERI orang ketiga yang dikaitkan menjadi punca keretakan rumah tangga penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli akhirnya terjawab.

Menurut peguam kepada Dr Rushdi iaitu Azmi Mohd Rais, pihak yang dimaksudkan Nora bukanlah isteri pertama, sebaliknya salah seorang anak tirinya. 

“Cadangan untuk selamatkan rumah tangga memang ada. Salah satunya adalah memanggil pihak yang dikatakan menjadi punca.

Nora (kanan) mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik.

“Kami ingatkan orang tersebut adalah isteri pertama, rupanya anak kepada isteri pertama. Kami akan syorkan untuk panggil anak tiri tersebut untuk hadir bersama hakam mahkamah yang akan dilantik.

“Sekiranya ada sesi bermaaf-maafan, insya-Allah plaintif boleh tarik kes. Kita tunggu dan lihat,” katanya kepada mStar. 

Azmi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor selepas pembentangan laporan wakil hakam keluarga pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penat turun naik mahkamah, Nora Ariffin reda kes cerai belum selesai... Kesal terima pelbagai tuduhan

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang jumpa sebab sibuk bekerja, tapi suami masih pulang jenguk Nora Ariffin

Sementara itu, Dr Rushdi ketika ditemui berkata dia masih mahu mempertahankan perkahwinan dengan Nora.

“Saya cuma nak ulas, sehingga hari ini dia masih isteri saya dan saya akan melindungi perkahwinan saya.

“Saya akan cari perdamaian tentang salah faham yang masih berlaku. Masih tekad untuk selamatkan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nora ketika ditanya adakah berhasrat untuk menarik semula kes perceraian itu, dia tidak menafikan perkara tersebut. 

Kata Nora, dia boleh untuk berbuat perkara itu namun punca kepada masalah itu perlu diselesaikan dengan baik. 

“Saya boleh tarik balik, tetapi punca tak selesai, tak jadi juga. Jadi kena selesaikan betul-betul,” ujarnya. 

Kes perceraian pasangan itu bersambung pada 21 Oktober ini bagi perlantikan hakam mahkamah. 

Rushdi masih mahu menyelamatkan rumah tangganya bersama Nora.

Untuk rekod, Nora mengesahkan telah berkahwin dengan Dr Rushdi pada penghujung 2021.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Lain