suria

Along Cham, Afreena Suhaimi sah cerai talak satu

Along dan Afreena (kiri) sah bercerai talak satu.

KEMELUT rumah tangga pelawak Along Cham dan isteri akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Sepang pada Selasa. 

Ketika prosiding dijalankan, Hakim Syarie, Muhammad Nazri Basrawi mengesahkan telah berlaku lafaz talak dalam perkahwinan Along bersama Afreena Suhaimi pada Jun tahun lalu. 

Menerusi laporan OhBulan!, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, diwakili peguam Muhammad Akmal Amzan, manakala Afreena diwakili Mohamad Iezwan Ielias.

Hakim mengesahkan telah berlaku lafaz talak pada Jun tahun lalu.

Hakim mengesahkan telah berlaku lafaz talak pada Jun tahun lalu. 

Pada 1 Julai lalu, Along tampil di Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengemukakan tiga sebab utama yang menyebabkan lafaz taklik terhadap isterinya jatuh pada Julai 2024 di kediaman mereka di Cyberjaya. 

Dakwanya, Afreena sudah melanggar tiga syarat yang diberikan sejak awal perkahwinan seperti menghubungi bekas isterinya, berlaku curang serta membelakangkannya dalam segala urusan rumah tangga. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham dakwa Afreena bersekedudukan dengan bekas suami kedua, serah bukti rakaman audio

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Imej Along Cham tercalar akibat kenyataan Afreena sukar berurusan dengan penagih… “Saya belum disabit bersalah”

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu.

Ini adalah perkahwinan kedua buat Along selepas berpisah dengan bekas isteri, Zila Saeron, pada 2016.

Hasil perkahwinan pertama, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, kini berusia 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain