suria

Ardell Aryana juga ditahan Israel

Ardell juga kini menjadi mangsa tahanan tentera Israel.

TANDA tanya tentang keadaan pelakon dan aktivis Ardell Aryana akhir terjawab apabila dia disahkan ditahan pihak tentera Israel . 

Seperti aktivitis yang mengalami nasib sama sebelum ini, video Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, juga disiarkan melalui laman sosial media Sumud  Nusantara Official. 

"Nama saya Ardell Aryana. Saya warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.

Tanda tanya keadaan Ardell akhirnya terjawab.

"Misi kemanusiaan kami adalah aman. Tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa," katanya dalam video tersebut. 

Sementara itu, suami Ardell iaitu pelakon Nadzmi Adhwa menerusi sebuah hantaran di Threads miliknya meluahkan rasa lega apabila sudah menerima perkhabaran kehilangan isterinya itu. 

Nadzmi dengan positif terus berdoa agar kesemua pejuang yang ditahan dapat dibebaskan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa minta bertenang, yakin Ardell Aryana akan pulang

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana kongsi detik cemas diserang Israel - “Mereka guna kapal besar”

 

"Semoga Allah lindungi awak. Allah dengar doa kita. 

"Dapat jawapan dah. Sekarang fokus untuk bebaskan semua pejuang kita. Allahuakbar,”ujarnya.

Ardell merupakan salah seorang delegasi dari Malaysia yang menyertai misi Sumud Global Flotilla (GSF) ke Gaza. 

Sejak pagi Rabu keadaan Ardell menjadi tanda tanya selepas kapal Mikeno yang dinaikinya dipercayai diserang oleh tentera Israel. 

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) kemudian melaporkan pelakon itu sebagai salah seorang yang tidak dapat dihubungi. 

Nadzmi terus berdoa agar kesemua pejuang GSF yang ditahan dapat dibebaskan.

Malah suami Ardell iaitu aktor Nadzmi Adhwa juga ketika ditemu bual memberitahu dia tidak tahu keadaan isterinya itu. 

Menerusi perkembangan terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza dipintas dan ditahan di perairan antarabangsa oleh rejim Zionis. 

Selain Ardell, amtara lain yang ditahan termasuk penyanyi Zizi Kirana, Datin Seri Heliza Helmi serta adiknya Hazwani Helmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain