suria

Nadzmi Adhwa minta bertenang, yakin Ardell Aryana akan pulang

Nadzmi (dua dari kanan) yakin Ardell akan kembali pulang.

SUAMI pelakon dan aktivis Ardell Aryana, aktor Nadzmi Adhwa memohon orang ramai untuk bertenang dan tidak bimbang berhubung keadaan isterinya yang didakwa hilang daripada radar.

Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, berkata, Ardell seorang wanita yang tenang dan yakin bahawa isterinya akan pulang dengan selamat. 

"Allah Bersama orang-orang sabar. Korang kena tenang sebab Ardell tenang. 

Nadzmi yakin isterinya (kanan) seorang yang tenang.

"Insya-Allah Ardell balik," ujarnya ringkas. 

Nadzmi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada malam Khamis. 

Sebelum ini, Nadzmi memaklumkan masih belum menerima sebarang makluman tentang isterinya yang kini dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nadzmi Adhwa belum tahu khabar Ardell Aryana, hanya mengharap doa

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana kongsi detik cemas diserang Israel - “Mereka guna kapal besar”

Kata Nadzmi, dia hanya mengetahui perkembangan terkini menerusi siaran langsung yang dibuat oleh Ardell pada awal pagi Khamis. 

Kali terakhir Ardell berkongsi perkembangan adalah ketika kapal Mikeno yang dinaikinya mendapat serangan meriam air oleh rejim Zionis.

Dalam perkembangan lain, kapal Mikeno dikesan telah menghampiri perairan Gaza namun keadaan Ardell masih belum dapat dipastikan. 

Pihak Sumud Nusantara Command Center (SNCC) sebelum itu memaklumkan nama Ardell sebagai delegasi yabg tidak dapat dihubungi. 

Ardell menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza.

Sejak awal pagi Khamis berita digemparkan dengan serangan tentera Israel yang menahan sukarelwan dalam misi bersama GSF. 

Menerusi perkembangan terkini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza dipintas dan ditahan di perairan antarabangsa oleh rejim Zionis. 

Antara yang ditahan termasuk penyanyi Zizi Kirana, Datin Seri Heliza Helmi serta adiknya Hazwani Helmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain