suria

Heliza dan Hazwani Helmi pula ditahan tentera Israel

Heliza dan Hazwani kini menjadi tahanan tentera Israel.

PERKEMBANGAN terbaharu misi Global Sumud Flotilla melaporkan kapal yang dinaiki penyanyi serta aktivis Heliza Helmi juga ditahan tentera Israel. 

Seperti dalam video aktivis lain, Heliza turut memaklumkan perkara tersebut di laman sosial rasmi Sumud Nusantara Official. 

“Nama saya Heliza Helmi, saya warganegara Malaysia, jika anda melihat video ini maksudnya saya sudah ditangkap dan telah dibawa secara paksa oleh IDF.

Heliza dan Hazwani ditahan tentera Israel.

“Misi kemanusiaan ini adalah aman tanpa sebarang unsur keganasan dan sepenuhnya mematuhi peraturan antarabangsa,” katanya.

Dalam video sama, Heliza turut merayu kepada kerajaan Malaysia agar segera menuntut pembebasannya.

“Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan saya serta-merta dan tanpa syarat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin resah tak tidur malam, terputus hubungan dengan Zizi Kirana… Sedih kenang kanak-kanak Gaza dah menunggu 

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana kongsi detik cemas diserang Israel - “Mereka guna kapal besar”

Menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Sumud Nusantara, pihak mereka mengesahkan bukan sahaja Heliza, malah adiknya, Hazwani Helmi turut ditahan dalam insiden tersebut.

“Jika kalian menonton video Heliza, bermakna delegasi Malaysia di kapal Hio iaitu Heliza dan adiknya Hazwani sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa,” jelasnya.

Setekat ini seramai 12 orang rakyat Malaysia yang  juga menyertai misi tersebut telah ditahan. 

Heliza mohon campur tangan Perdana Menteri bantu melepaskannya daripada ditahan rejim Zionis.

Terdahulu dilaporkan penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga telah ditahan rejim Zionis. 

Aktivis Farah Lee serta pendakwah Penctus Ummah (PU) Rahmat juga dilaporkan ditahan bersama puluhan delegasi antarabangsa lain yang menyertai konvoi kemanusiaan tersebut.

Misi GSF disertai lebih 200 aktivis dari pelbagai negara dengan tujuan menghantar bantuan makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini berdepan sekatan berpanjangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain