suria

[V] Nadzmi Adhwa belum tahu khabar Ardell Aryana, hanya mengharap doa

SUAMI pelakon dan aktibis Ardell Aryana masih belum menerima sebarang makluman tentang isterinya yang kini dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).. 

Aktor Nadzmi Adhwa, 33, memberitahu dia hanya mengetahui perkembangan terkini menerusi siaran langsung yang dibuat oleh Ardell awal pagi Khamis. 

"Tak tahu apa-apa. Adakah korang tahu? Saya tunggu sejak pagi tapi tak dapat apa-apa maklumat. Saya dalam keadaan tak tahu nak jawab apa. 

Nadzmi mengharapkan Ardell dalam keadaan selamat. 

"Saya tak tahu bagaimana keadaan dia. Terakhir hanya melihat live SOS. Saya tak tidur lagi lagi menunggu update," katanya. 

Nadzmi berkongsi perkara tersebut dalam temu buat ketika dihubungi stesen radio Era FM. 

Tambahnya Ardell sepatutnya boleh dihubungi jika kapal yang dinaiki ke Gaza tidak diserang oleh tentera Israel. 

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin resah tak tidur malam, terputus hubungan dengan Zizi Kirana… Sedih kenang kanak-kanak Gaza dah menunggu 

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana kongsi detik cemas diserang Israel - “Mereka guna kapal besar”

Dalam nada reda, Nadzmi hanya mengharap doa agar isterinya itu sentisa dalam keadaan selamat. 

"Jika tidak ditahan sepatutnya dah boleh hubungi. Saya saya nak buat? Hanya berdoa sahaja," luahnya. 

Kali terakhir Ardell berkongsi perkembangan adalah ketika kapal Mikeno yang dinaikinya mendapat serang meriam air oleh rejim Zionis. 

Ardell berkongsi detik cemas ketika diserang tentera Israel. 

Sejak awal pagi Rabu berita digemparkan dengan serangan tentera Israel yang menahan sukarelwan dalam misi bersama GSF. 

Menerusi perkembangan terkini Sumud Nusantara Official seramai 12 rakyat Malaysia telah ditahan termasuk penyanyi Zizi Kirana, Datin Seri Heliza Helmi serta adiknya Hazwani Helmi. 

Rakaman video awal yang dibuat juga menyebut tentang penahanan mereka serta memohon bantuan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan kebebasan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain