PELAKON Datin Intan Najuwa dan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman akan melakukan solat hajat pada malam Khamis sebagai tanda sokongan untuk para pejuang yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, ibadah solat hajat itu dilakukan bersama anak-anak tahfiz bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan para pejuang tersebut.
"Malam ini (Khamis) saya dan suami akan bersama-sama anak-anak tahfiz akan melakukan solat hajat khusus untuk mereka (pejuang sumud).
Perkongsian Intan yang dimuat naik di Threads miliknya.
"Insya-Allah kami akan teruskan setiap malam selagi diberi kekuatan.
"Semoga doa-doa kita semua diangkat bersama. Semoga mereka yang diculik oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dilindungi dalam penjagaan Allah," katanya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: SNCC sahkan Ardell Aryana tidak dapat dihubungi, nafi spekulasi delegasi Malaysia diseksa
ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sempat hantar ‘voice note’ minta maaf, nada suara penuh semangat
Dalam pada itu, Intan mengakui bahawa mungkin ada segelintir netizen yang akan menghakimi tindakannya itu, namun ia dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang hasrat mencari pengesahan atau perhatian.
"Orang boleh menghakimi sekiranya saya kongsikan ini, tetapi biar saya jelaskan ia bukan kerana FOMO atau validasi daripada sesiapa.
"Saya lakukan ini dengan seikhlas hati," ujarnya.
Intan dan suami mahu menunaikan solat hajat bagi mendoakan pejuang GSF.
Sebelum ini, media sosial kecoh apabila tersebar laporan berhubung penahanan 12 aktivis kemanusiaan termasuk Datin Seri Heliza dan adiknya Hazwani Helmi serta penyanyi Zizi Kirana oleh tentera Israel.
Kumpulan tersebut ditahan ketika dalam misi kemanusiaan GSF yang bertujuan menghantar bantuan ke Gaza melalui laluan laut, sekali gus mencabar sekatan tidak berperikemanusiaan yang dikenakan oleh rejim Zionis ke atas wilayah berkenaan.
Setakat ini, pihak GSF dan kerajaan Malaysia sedang berusaha mendapatkan perkembangan terkini berhubung nasib kesemua aktivis yang ditahan, termasuk menggunakan saluran diplomatik dan antarabangsa untuk memastikan mereka dibebaskan dengan segera.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube