PELAKON Ardell Aryana masih belum dapat dihubungi sejak berlaku serangan ke atas kapal misi Global Sumud Flotilla pada pagi Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh Sumud Nusantara Command Center yang melaporkan perkembangan terkini rakyat Malaysia dalam misi berkenaan.
"SNCC mengesahkan bahawa seramai dua orang delegasi Malaysia yang berada di kapal Mikena dan Inana tidak dapat dihubungi sejak serang berlaku.
Ardell tidak dapat dihubungi.
"Senarai nama adalah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) dan Razali Awang," jelas kenyataan tersebut.
Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Halim Araby juga memaklumkan hal berkenaan dalam satu sidang media yang berlangsung pada Khamis.
Ardell merupakan salah seorang delegasi yang menaiki kapal Mikena dalam misi memecahan sekatan serta menghantar bantuan ke Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN: Heliza dan Hazwani Helmi pula ditahan tentera Israel
ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana kongsi detik cemas diserang Israel - “Mereka guna kapal besar”
Kenyataan sama turut menyebut seramai 12 rakyat Malaysia dipercayai ditahan selepas kapal mereka dipintas oleh tentera Israel.
Mereka termasuk penyanyi Zizi Kirana yang berada dalam kapal Huga selain Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani dengan kapal Hio.
Pihak SNCC turut mengesahkan tiada laporan bunyi tembakan dan menafikan spekulasi delegasi Malaysia yang diseksa.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube