suria

Tiada sebarang perasaan istimewa, Hafiz Suip dan Adira kekal berkawan

Hafiz dan Adira hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu.

PENYANYI Hafiz Suip menjelaskan dia dan rakan artis Adira Suhaimi masih kekal bersahabat meskipun pernah mempunyai hubungan istimewa sebelum ini. 

Meskipun begitu jelas Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, jalinan antara mereka tidak pernah melibatkan perasaan cinta seperti pasangan kekasih. 

"Saya dengan Adira kami masih berkawan dan tidak lebih daripada itu, tiada perasaan antara satu sama lain. 

Hafiz mahu fokus pada konsert solonya 1 November depan.

"Masing-masing pun sudah ada hidup sendiri, apa saya boleh katakan doakan yang baik-baik sahaja," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai peminat yang berharap agar mereka berdua berjodoh selepas kedua-duanya kembali solo, Hafiz memberitahu dia tidak dapat menghalang mulut orang dan tanggapan mereka. 

Baginya biarpun peminat mahu melihat mereka bersama, dia berharap agar perkara itu tidak menimbulkan tanggapan isu negatif terhadap kedua-dua pihak. 

"Kalau peminat cuba kenenkan tu saya nak buat macam mana? Mulut orang dan tanggapan mereka kita tak boleh nak halang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Adira bakal meriahkan konsert Hafiz Suip… Misteri jualan tiket dihentikan terjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip derita batu karang dalam buah pinggang

"Tapi kalau boleh tak naklah sehingga timbul isu negatif memandangkan masing-masing dah ada hidup sendiri," jelasnya.

Dalam pada itu, Hafiz juga berkongsi rasa rindun untuk merakamkan lagu duet bersama Adira selepas enam tahun. 

Namun, buat masa sekarang, dia mahu fokus kepada persiapan konsertnya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Rindu juga nak buat lagu duet dengan Adira, selalunya tiga tahun sekali akan ada lagu bersama. 

Saya dengan Adira kami masih berkawan dan tidak lebih daripada itu.

HAFIZ SUIP

PENYANYI

"Teringin, tapi mungkin selepas tamat konsert saya nanti," jelasnya.

Hafiz dan Adira sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2011 namun berakhir setahun kemudian. 

Untuk rekod Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016, namun bercerai pada 29 Mei lalu.

Adira merupakan antara artis undangan bagi konsert Hafiz.

Manakala Adira pula sah bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu selepas sembilan tahun berkahwin. 

Berkongsi perkembangan terkini, Hafiz bakal mengadakan konsert solo di Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 1 November depan. 

Lebih istimewa, Adira turut sama menjayakan konsert tersebut sebagai artis undangan bersama penyanyi Umairah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain