TIDAK dapat menahan rasa geram, pelakon popular Janna Nick tampil menyelar individu yang mempersoalkan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang mempertikaikan peranan wanita dalam misi tersebut.
Malah Janna turut menyifatkan golongan itu sebagai dangkal dan tidak berperikemanusiaan.
Janna tidak dapat menahan rasa geram.
"Celakalah siapa yang pertikaikan kenapa perempuan pergi! Bodoh nak mampus.
"Siapa yang asyik komen negatif fasal perjuangan para aktivis ini kalian memang bodoh! Kaya tapi bodoh sombong!
"Kalau tak mampu nak buat kebaikan jangan pertikai akan usaha, kebaikan dan pengorbanan orang lain," katanya.
Janna berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan video Pencetus Ummah Rahmat menerangkan tentang kepentingan aktivis wanita mengikut misi kemanusiaan ke Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN: Mula hidup persekitaran baharu di London, Janna Nick doa dapat baby
ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick berhijrah ke luar negara, balik kampung ziarah datuk dan nenek sebelum berangkat
Tambah Janna, aktivis berkenaan sanggup mengorbankan diri semata-mata untuk membantu insan yang memerlukan selain perlu melalui pelbagai cabaran yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.
Malah dia juga menegaskan bahawa siaran langsung yang dilakukan mereka di media sosial bukanlah untuk hiburan, tetapi bertujuan menyebarkan kesedaran.
"Kau ingat mereka live dekat TikTok tu seronok-seronok ke? Berlayar dan hidup atas kapal hampir sebulan dengan orang baru kenal, termasuk halangan bahasa lagi.
"Mereka live sebab nak hilangkan bosan dan rasa dekat dengan Malaysia! Dalam masa yang sama nak wujudkan kesedaran fasal misi bantuan dan Palestin!," luahnya.
Janna anggap segelintir T20 sombong.
Dalam pada itu, Janna juga menzahirkan rasa tidak setuju terhadap sikap segelintir golongan kelas atasan yang dianggap sombong dan tidak sensitif terhadap isu kemanusiaan.
Bagaimanapun, Janna tidak menyebut nama sesiapa dalam hantaran tersebut.
"Kalau dulu ada makcik cakap 'I tak boleh duduk dengan orang B40' tapi hari ini saya nak cakap ' saya tak boleh duduk dengan orang T20 tapi bodoh sombong!'," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube