PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu anak keduanya, Muhammad Afwa boleh merasai sesuatu.
Menerusi perkongsian video di InstaStory, Afwa yang pada mulanya leka bermain dengan topeng watak Ant-Man di dalam rumah tiba-tiba berada dalam keadaan ketakutan.
Malah melalui pandangannya juga dia seakan-akan sedang melihat 'sesuatu' dan terus menghampiri ibunya.
Afwa seronok bermain sebelum terlihat sesuatu.
"Takut," kata Afwa.
Siti bagaimanapun cuba menenangkan anaknya itu apabila Afwa mengatakan ada mendengar sesuatu.
"Dengar apa? Dah Maghrib macam itulah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sekolah Afwa Al Aafiyah musnah dibedil bom” - Siti Nurhaliza
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza berharap ada kesempatan lihat anak-anak naik pelamin, doa bertemu jodoh baik
Dalam video yang dimuat naik, Siti turut memberitahu Afwa mudah merasai sesuatu.
"Tengah-tengah syok, tiba-tiba Afwa senyap. Dia ni senang rasa sesuatu,"katanya.
Perkongsian itu turut membuatkan pengikutnya berasa takut melihat perubahan sikap Afwa.
Riak wajah Afwa berubah apabila dia dipercayai melihat sesuatu.
"Alamak kita pun takut ni.
"Alamak dia dah nampak.
"Waktu dia buka topeng rasanya dia dah nampak kat luar pintu tu. Kali kedua terus dia cakap takut," tulis beberapa pengikutnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube