suria

Netizen lancar gerakan boikot Rizalman

Rizalman masih mengunci mulut berhubung isu berkenaan.

NAMA pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menjadi perhatian ramai selepas mengeluarkan kenyataan berhubung aktivis wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin. 

Susulan kenyataan tersebut, gerakan memboikot pereka fesyen itu dikatakan semakin rancak diperdebatkan dalam kalangan netizen yang berasa kecewa dan kurang senang dengan pandangan peribadi Rizalman.

Ramai yang berpendapat Rizalman kurang peka dengan isu Palestin yang kini menjadi perhatian orang ramai.

Netizen mengecam kenyataan Rizalman.

“Jangan cari fasal dengan netizen Malaysia sekarang. Jangan keluarkan kenyataan bodoh dan benak ubi. Kalau tak nak kena cancel. Fikir dulu sebelum cakap. Setakat ni Rizalman dan Aaron, siapa lagi? 

"Tak cukup ilmu tu, belajar lagi. Fahamkan tentang agama. Nak berhijrah tapi over! Dia ni aku perhati jarang tengok story dia post berkaitan Gaza.

"Membelah lautan demi misi kemanusiaan tak sempat nak fikir maksiat ingat dia orang tak ada iman ke? Doakan mereka bukan beri kata mengguris.

"Dia yang lelaki kenapa tak pergi? Kita ini kalau tak boleh buat baik sokongan orang nak berbuat baik," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizalman perjelas kritikan sebagai Profesor Adjung, tak terlintas ambil tugas ulama... Berazam bantu keperluan di gelanggang ilmu agama

ARTIKEL BERKAITAN: Rizalman Ibrahim sumbang RM500,000 baik pulih Rumah Komuniti Malaysia di Liverpool

Sebelum ini, Rizalman memuat naik tangkap layar mesej peribadi daripada seorang pengikut yang meluahkan rasa kecewa apabila Zizi Kirana dan PU Rahmat ditangkap ketika menyertai misi kemanusiaan GSF.

Dalam hantaran tersebut, Rizalman dpercayai mempersoalkan soal mahram serta menegaskan kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan yang dilakukan.

"Mana-mana perempuan pun kalau ditemani oleh mahramnya… dia tak akan berani buat benda tak elok. Sebab mahramnya (bapa/abang/adik/suami) akan menasihati sebelum terjadi perkara yang tidak diingini."

Segelintir netizen memahami kenyataan yang dikongsi.

"Hatta ambil ubat di klinik sekalipun kerana bisikan qarin itu sentiasa ada bersama kita walaupun perjalanan ke tempat tujuan itu aman. Paham ka dak?" tulisnya.

Meskipun menerima kecaman hebat di media sosial, namun terdapat juga netizen yang memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan Rizalman.

“Aku faham konteks yang Datuk Rizalman cuba sampaikan. Beliau bercakap tentang isu wanita yang mahu bermusafir tanpa mahram apabila keadaan tidak aman.

"Dalam hal ini memang wujud pelbagai pandangan ulama. Dr. Kamilin juga ada terangkan perkara ni dalam videonya. Tokri memilih untuk berpegang pada satu pandangan,” tulis seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain