PERSONALITI media sosial, Ameera Khan akhirnya bersuara selepas orang ramai mula menyelar dirinya tidak sensitif terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.
Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, menegaskan bahawa tindakannya berdiam diri dan tidak berkongsi sebarang kenyataan mengenai misi tersebut bukan bermakna dia tidak menyokong perjuangan itu.
“Hati dan doa saya sentiasa bersama rakyat Palestin serta mereka yang berada di atas kapal Sumud Flotilla.
Ameera akhirnya bersuara.
“Ketahuilah bahawa saya berdiam bukanlah tanda berkecuali dan kerja saya tidak pernah mencerminkan pendirian saya terhadap kemanusiaan, tak mengubah apa yang saya yakini dan siapa yang saya sokong.
“Tanggungjawab kerja saya tidak seharusnya disalah tafsir sebagai ketidakpedulian. Kepercayaan dan sisi kemanusiaan saya sentiasa bersama Palestin,” katanya.
Ameera berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan sifatkan pertemuan dengan Jefri Nichol sebagai takdir indah, netizen pula doa cepat nikah... "Pergi kursus kahwin ya?"
ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan ‘sound’ netizen tanya soalan ‘dah tidur dengan J?’... Sifatkan Jefri Nichol seorang lelaki sempurna
Menurut adik kepada Neelofa itu, buat masa ini dia hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin dan peserta GSF.
“Seperti orang lain, saya juga berharap dapat melakukan lebih banyak lagi.
“Buat masa ini, saya berdoa untuk semua yang berada di atas kapal Sumud Flotilla, berdoa untuk kebebasan Palestin, maruah dan hak mereka untuk hidup dalam keamanan. Bebaskan Palestin selamanya,” jelasnya.
Netizen mula lancarkan gerakkan boikot.
Sebelum ini, nama Ameera menjadi sebutan netizen apabila dia didakwa mengabaikan sebarang perkongsian mengenai Palestin dan GSF.
Lebih mencetuskan rasa geram netizen apabila Ameera rancak berkongsi dirinya berada di luar negara.
Susulan itu, netizen bertindak melancarkan gerakan boikot dan menyahikut media sosial miliknya kerana masih aktif mempromosikan barangan yang didakwa mempunyai kaitan Israel.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube