PENGACARA dan pelakon Elly Mazlein tampil bertudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu.
Penampilan baharunya itu nyata mengejutkan penonton yang hadir sekali gus mengundang sorakkan ramai.
Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai penampilannya itu.
Elly (paling kanan) mengejutkan ramai dengan penampilan baharu.
Ketika kemunculannya itu juga dia sempat mendendangkan lagu Tuhan Jaga Dia Untukku yang pernah dipopularkan oleh Fiena.
Lebih menyentuh hati, Elly juga terlihat sebak sehingga tidak mampu melontarkan nyanyian dengan baik semasa menyayikan lagu berkenaan.
Bagaimanapun emosinya kembali stabil apabila rakan pengacaranya, Joey Daud muncul di atas pentas.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua tahun, Elly Mazlein dikhabarkan bakal undur diri sebagai penyampai Era FM
ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein undur diri, tak mahu bertanding anugerah... Beri ruang pengacara baharu
Sementara itu, pentas akhir Kilauan Emas 2025 terdiri daripada Ezan, Majid, Mazleen, Nawary, Zanie dan Zekri.
Program berkenaan juga menampilkan Erra Fazira, Ning Baizura dan Roy Azman sebagai juri tetap serta Datuk Yusof Haslam sebagai juri undangan.
Kilauan Emas 2025 turut bersiaran secara langsung di Astro Prima pada pukul 9.00 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube