suria

Dua band hebat bergabung, Nidji x Bunkface janji persembahan terbaik

Nidji teruja berkongsi pentas dengan Bunkface.

GABUNGAN dua band hebat iaitu Bunkface dan Nidji di atas satu pentas dijangka bakal meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat peminat.

Tampil bersama dalam konsert yang diberi nama Nidji x Bunkface pada 21 Disember depan, konsert itu merupakan satu gambaran semangat muzik antara Malaysia dan Indonesia. 

Bagi Sam selaku vokalis Bunkface, peluang disatukan bersama Nidji adalah satu momen yang cukup bermakna buat mereka serta peminat. 

Bunkface mahu beri kepuasan kepada peminat. 

"Setelah mempertimbangkan dan dimaklumkan konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan pentas yang biasa, maka Bunkface bersetuju untuk terlibat dalam projek ini. 

"Ia bukan sekadar naik pentas buat persembahan, tetapi akan menjadi momen paling berharga buat peminat kami," katanya. 

Sementara itu, Nidji yang merupakan sebuah band cukup popular di Indonesia menyifatkan gabungan ini juga merupakan satu penghargaan buat mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: KRU letak standard lebih tinggi, pilih lokasi ‘outdoor’ untuk konsert mega 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sebarang perasaan istimewa, Hafiz Suip dan Adira kekal berkawan

Biarpun pernah berkongsi pentas sama, namun kali ini cukup istimewa kerana hanya mereka sahaja bakal menghiburkan peminat. 

"Memang Nidji dan Bunkface pernah membuat persembahan dalam sebuah acara, namun peluang berkongsi pentas hanya kami berdua adalah sebuah penghormatan. 

"Semoga menikmati persembahan kami kerana hanya yang terbaik akan kami persembahkan," ujar Ubay yang merupakan vokalis Nidji. 

Nidji kembali bertemu peminat Malaysia. 

Konsert anjuran Shiraz Projects ini merupakan kesinambungan Nusa Fest yang pernah diadakan pada tahun 2023. 

Biarpun hanya melibatkan dua kumpulan sahaja, namun pihak penganjur yakin ia bakal menjadi satu persembahan yang sangat bermakna. 

 Nidji x Bunkface akan diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain