suria

Anzalna bangga Eidrees jadi imam solat hajat di sekolah, tak sangka sekelas dengan anak Siti Nurhaliza

Anzalna bangga Eidress (kanan) dipilih menjadi imam bagi solat hajat di sekolah.

PELAKON Anzalna Nasir tidak menyangka apabila anak sulungnya, Mohamad Eidress diberi kepercayaan menjadi imam bagi solat hajat yang diadakan di sekolah sempena sokongan terhadap misi Global Sumud Flotilla (GSF). 

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, dia terharu melihat pencapaian anak kecilnya itu menerusi perkongsian video yang dibuat oleh guru Eidress. 

"Solat hajat untuk GSF. Hati rasa sejuk sangat bila tengok anak sendiri jadi imam. 

Anzalna tidak menyangka anaknya sekelas dengan Afwa (kanan).

Anzalna tidak menyangka anaknya sekelas dengan Afwa (kanan).

"Masya-Allah Eidress, mommy (panggilan Anzalna) sangat bangga dengan kamu. Terima kasih cikgu kerana berkongsi video ini. Anak-anak soleh dan solehah, Alhamdulillah," katanya. 

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran lain di Instagram, Anzalna memberitahu dia baharu menyedari anaknya rupa-rupanya berada dalam kelas yang sama dengan anak penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tumpang rezeki, Anzalna memang manjakan anak-anak dengan kemewahan

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup bawa anak ke tempat bekerja, Anzalna tak percaya pembantu

"Mak Iti (panggilan Siti), saya baru tahu rupanya Afwa sekelas dengan Eidrees," ujarnya. 

Menjawab kenyataan itu, Siti terhibur melihat tindakan Afwa yang dikatakan bertukar-tukar posisi sewaktu menunaikan solat hajat berkenaan. 

"Iya, macam manalah anak ibu ni boleh pula tukar-tukar tempat (solat)," tulisnya. 

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Selain Eidress, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain