PENAMPILAN pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana menarik perhatian ramai apabila dilihat mengenakan tudung berwarna putih sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye pada Sabtu.
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, perubahan penampilan Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menjadi bualan netizen selepas dia dipercayai salah seorang mangsa yang diminta menanggalkan tudung oleh tentera Israel ketika berada dalam tahanan.
Difahamkan, sebelum ditahan oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) pada 2 Oktober lalu, Ardell mengenakan tudung berwarna merah jambu.
Ardell ketika tiba di Istanbul.
"Pagi ni tengok gambar Ardell pakai t-shirt sebagai ganti tudung, tangan aku dah gigil dah.
"Korang cuba perhati tudung Ardell, macam dia pakai t-shirt putih sama macam peserta wanita lain yang dicabut tudungnya.
"Ardell punya hijab dah bertukar putih. Kena paksa buang tudung. Gaya mereka anggap aktivis itu pengganas," antara hantaran netizen di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: SNCC sahkan Ardell Aryana tidak dapat dihubungi, nafi spekulasi delegasi Malaysia diseksa
ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana juga ditahan Israel
Insiden tersebut turut dikongsi seorang aktivis dari Turkiye, Semanur Sunmaz Yaman, yang memberitahu bagaimana aktivis wanita yang ditahan terpaksa menutup kepala menggunakan baju selepas tudung mereka dirampas.
Katanya, ia jelas tindakan itu mencabul hak wanita Muslim malah mencerminkan kezaliman yang dialami oleh aktivis kemanusiaan yang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin.
"Baju yang anda lihat ini sebenarnya adalah baju yang diberi oleh mereka (aktivis lain).
Peminat cemas lihat perubahan pada Ardell.
"Israel ambil tudung kami, rakan yang tidak bertudung beri baju mereka dan kami jadikan sebagai tudung," katanya.
Semanur turut menunjukkan cara kreatif dirinya mengubah baju t-shirt menjadi tudung demi menjaga aurat sepanjang berada dalam tahanan.
Selain Ardell, beberapa aktivis dari negara lain turut kelihatan menutup auratnya dengan kain putih yang dipercayai sehelai t-shirt.
Kelibat Ardell memakai tudung putih jadi perhatian.
Sementara itu, rakan artis seperti Zizi Kirana, Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi dilihat masih mengenakan tudung berwarna hitam.
Perkongsian tersebut mengundang rasa marah dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa benci terhadap kekejaman rejim Zionis itu.
Mereka juga bimbang sekiranya kekejaman itu meninggalkan kesan trauma terhadap aktivis berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube