suria

Kevin Ardilova cabar diri bawa watak komedi dalam ‘Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih’

Kevin mahu mencabar diri melakonkan watak komedi dalam Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih.

PELAKON Kevin Ardilova mahu keluar daripada zon selesa apabila menerima tawaran membawakan watak komedi dalam filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih.

Selepas membintangi lebih 20 filem bergenre serius, Kevin atau Kevin Ichwal Ardilova, 26, mengambil peluang itu sebagai satu cabaran baharu untuk menunjukkan sisi berbeza serta mahu membuat penonton ketawa. 

"Saya sudah melakonkan lebih kurang 20 buah filem dan ini merupakan kali pertama membawa watak komedi. 

Kevin (kiri) mengakui sebelum ini memainkan peranan serius dalam filem lakonannya.

"Saya ambil tawaran ini pun kerana mahu menyahut cabaran dan bermain dalam genre baru. Sebenarnya sudah lama juga saya mahu membawakan watak komedi. 

"Selalunya saya berlakon filem serius dan sesekali rasanya nak juga buat orang ketawa," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Kevin berkongsi cabaran membintangi filem itu apabila perlu berbahasa Sunda yang bukan kebiasaan baginya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Babak ranjang filem Killmaster lulus LPF tanpa potongan, Julian Cheah bawa watak ala James Bond

ARTIKEL BERKAITAN: CGI filem Abu Si Raksasa kena kecam, Sophia Albarakbah akur belum capai standard... Tiada istilah ‘jual’ nama

"Persiapan yang saya ada cuma tujuh hari, saya harus berbahasa Sunda dalam filem ini. Kebetulan pengarah kami juga merupakan orang Sunda. 

"Sepanjang penggambaran kami banyak dibantu oleh beliau. Sebenarnya tidak mudah untuk berbahasa Sunda ini.

"Lebih-lebih lagi saya bimbang sekiranya masyarakat Sunda yang menonton filem ini akan mengecam penggunaan bahasa saya. Tapi sehingga kini semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah," ujarnya. 

Selalunya saya berlakon filem serius dan sesekali rasanya nak juga buat orang ketawa. 

PELAKON

KEVIN ARDILOVA

Filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih ini mengisahkan dilema rumah tangga Alfa (Mikha Tambayong) dan Darian (Kevin Ardilova) yang terkesan akibat talak tiga. 

Keluarga mahu mereka kembali rujuk, tetapi syarat agama memerlukan Alfa berkahwin dahulu dengan lelaki lain. Zainun (Ibrahim Risyad) tampil sebagai suami baru Alfa sekali gus membuka babak baru dalam hidupnya.

Kevin (kiri) pertama kali membawakan watak komedi dalam filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih.

Darian pula dilanda cemburu dan sering campur tangan dalam hubungan Alfa dan Zainun bagi menambah lagi konflik. 

Zainun yang tampan dan berilmu menjadi pilihan harapan Alfa, manakala Darian pula bertemu Intan (Tissa Biani), gadis cantik pemilik kedai botol kaca antik yang membawa harapan baru dalam hidupnya.

Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih merupakan sebuah filem terbitan Soex Entertainment yang diedarkan oleh Horizon Film Entertaiment dan sudah menemui penonton di pawagam sejak 2 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain