suria

Nadzmi Adhwa ‘naik hantu’, dakwa isteri ditumbuk dan dikasari sewaktu dalam tahanan… “Rupanya di hospital sekarang”

Nadzmi luah rasa bengang lepas tahu keadaan isteri.

PELAKON Nadzmi Adhwa hilang sabar apabila mendapat tahu isterinya, Ardell Aryana didakwa ditumbuk oleh tentera Israel sewaktu berada dalam tahanan. 

Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, berkata, dia mendoakan agar individu yang melakukan kekasaran terhadap isterinya itu mendapat pembalasan setimpal. 

“Darah aku naik dekat kepala dah ni. Geramnya. Israel kau tumbuk muka bini aku? Tarik tudung bini aku. 

Luahan hati Nadzmi mengenai isterinya.

“Ya Allah kau berikan seburuk-buruk pembalasan pada mereka yang memperlakukan sedemikian pada isteri aku,” katanya. 

Nadzmi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Nadzmi memaklumkan isterinya kini sedang menerima rawatan di hospital untuk menerima rawatan lanjut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kemungkinan tudung Ardell Aryana turut dirampas tentera Israel… “Cuba perhati hijabnya”

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa minta bertenang, yakin Ardell Aryana akan pulang

Kata Nadzmi, Ardell mengalami tekanan rendah dan meminta isterinya itu untuk berehat. 

“Rupanya dekat hospital! Patutlah tak ada jawapan. Ya Allah sembuhkan mereka supaya mereka boleh bercerita kepada dunia tentang kejahatan Israel. 

“Ardell tekanan darah rendah tu. Rehatlah dulu ya nanti saja telefon kami. 

“Tak mengapa sebulan lebih tunggu takkan seminggu dua tak boleh kan? Cepat sembuh kuat dan balik pada kami ya,” ujarnya.

Keadaan Ardell semasa tiba di Istanbul, Turkiye.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 42 flotilla kemanusiaan dipintas tentera Israel, mengakibatkan 201 aktivis dari 36 negara ditahan, termasuk 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF.

Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF telah tiba di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan pada Sabtu.

Selain Ardell, selebriti wanita lain yang turut menyertai misi tersebut ialah Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zizi Kirana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain