suria

Talk To My Manager tambah seminggu lagi, Thalita dikuarantin kerana influenza

Pak Nil umum pentas akhir Talk To My Manager ditunda.

TALK To My Manager membuat kejutan apabila pertandingan itu ditambah satu minggu lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi yang memberitahu keputusan itu dibuat atas perbincangan setiap pengurus diwakili artis dan pihak produksi untuk peserta berentap di minggu grand finale.

“Atas persetujuan dan perbincangan daripada semua pengurus, juri-juri, pihak penaja, produksi serta sokongan penonton kami telah berbesar hati untuk menambah satu minggu lagi untuk grand finale,” katanya. 

Persembahan Hadie, Marsya dan Amad antara yang menjadi perhatian.

Pada minggu ketujuh yang berlangsung pada malam Ahad, peserta diberikan dua segmen iaitu nyanyian solo dan battle berkumpulan. 

Menerusi persembahan solo, Marsya membawakan lagu Bring Me To Life (Evanescene), Ammar (Cinta Dewa Dewi - Spider), Amad (Arjuna - Dewa), Odda (Damelo - Dolla) dan Hadie (Awak Kat Mana - Taufik Batisah). 

Manakala, persembahan battle menyaksikan persembahan Odda dan Ammar menerusi lagu Rockstar (Blackpink) serta Idol (BTS). 

Hadie bersama Marsya pula mendendangkan lagu Rapuh (Opick) serta Dealova (Dewa) manakala Amad menyanyikan lagu Menamakanmu Cinta (Datuk Siti Nurhaliza) dan Hal Hebat (Ernie Zakri & Ade Govinda) bersama ibunya, Siti Saerah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza puji persembahan Amad, tegur jangan terlalu selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa ‘tak rileks’ terima teguran, Ina Naim akui kesilapan… Minta jangan kaitkan dengan kisah silam

Pun begitu, anak kepada Shuib iaitu Thalita tidak dapat membuat persembahan pada malam ini kerana terpaksa dikuarantin akibat menghidap Influenza. 

Sementara itu, Siti Saerah (Amad) dianugerahkan sebagai Gempak Most Valuable Manager pada minggu ketujuh. 

Persembahan Terbaik dinobatkan kepada Marsya (Liza Hanim) apabila menerima wang tunai sebanyak RM1,000. 

Vokal Terbaik dianugerahkan kepada Amad (Siti Nurhaliza) yang turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000. 

Auddra tetap melakukan persembahan dalam keadaan tidak sihat.

Penambahan minggu yang diumumkan turut bakal menyaksikan kesemua finalis bersaing merebut gelaran juara. 

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal serta juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat

Dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi, TTMM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim di Astro Go pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain