JUARA Kilauan Emas 2025, Mazleen tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya seorang 'scammer' selepas didakwa culas membuat pembayaran terhadap pembekal vendor bagi kiosk makanannya.
Mazleen atau nama sebenarnya Mazlin Abu Bakar, 45, tidak menafikan isu tersebut, namun menjelaskan bahawa dia terpaksa 'berehat' daripada urusan perniagaan sejak awal tahun ini demi memberi tumpuan penuh terhadap penyertaannya dalam program realiti itu.
"Saya rasa ia berkaitan dengan kerja lain iaitu perniagaan yang saya sudah cutikan selama enam bulan sebab saya nak fokus di Kilauan Emas.
Mazleen bawa pulang RM30,000.
"Nak masuk uji bakat bukan kosong-kosong. Ada tempoh persiapan, jadi apa-apa kerja lain memang saya rehatkan sekejap," katanya kepada mStar.
Menurut Mazleen, dia sudah memaklumkan perkara itu lebih awal kepada pihak berkaitan dan menyifatkan tuduhan sebagai 'scammer' sekadar cubaan untuk mengganggu fokusnya.
Jelasnya, dia juga tidak membaca sebarang komen di media sosial miliknya atas nasihat pihak pengurusan kerana bimbang akan mengganggu fokusnya sepanjang program itu berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN: Mazleen masih ‘blur’ nak guna wang kemenangan, belum terfikir tinggalkan pancaragam
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi pancaragam juara Kilauan Emas 2025
Ujarnya lagi, dia memilih untuk tidak mencampuradukkan urusan perniagaan dan kerjaya seni kerana menganggap setiap individu mempunyai sisi kehidupan masing-masing yang tidak perlu diperbesarkan.
"Apa yang saya buat dalam nyanyian adalah nyanyian, kerja adalah kerja. Jadi bagi saya tak adil nak campur adukkan. Bukan saya seorang yang ada sisi berbeza.
Mereka nampak saya tak ke mana pun.
MAZLEEN
JUARA KILAUAN EMAS2025
"Bila kita ke arah lebih dikenali, perkara seperti ini akan timbul," kongsinya.
Ditanya mengenai penyelesaian isu tersebut, Mazleen menegaskan dia tidak pernah melarikan diri dan akan kembali menyelesaikan segala komitmen yang tergendala dalam masa yang sesuai.
"Alhamdulillah, mereka nampak saya tak ke mana pun. Kita memang akan kembali bekerja, jadi semua urusan akan dikembalikan semula dalam kadar yang sesuai," ujarnya.
Mazleen sebak ketika dinobatkan sebagai juara.
Sebelum ini, mStar menerima kiriman emel yang mengatakan Mazleen berhutang sebanyak RM3,600 kepada seorang pembekal vendor selain mengabaikan mesej dan panggilan bagi menuntut wang.
Tidak hanya itu, pengirim berkenaan turut menerima tansaksi palsu yang dipercayai daripada Mazleen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube