suria

Blood Brothers: Bara Naga raih 13 pencalonan di FFM34

Filem Blood Brothers: Bara Naga mendominasi pencalonan di FFM34.

FILEM Blood Brothers: Bara Naga mendapat pencalonan terbanyak sempena penganjuran Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) dengan 13 pencalonan dalam 11 kategori. 

Selain kategori Filem Terbaik, karya itu juga dicalonkan untuk Pengarah Terbaik (Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra), Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Aksi & Lagak Ngeri Terbaik. 

Kategori lain adalah Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Rekaan Kostum/Busana Terbaik. 

Lebih istimewa, pelakon Sharnaaz Ahmad dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala tiga aktor lain iaitu Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly dan Syafiq Kyle pula tersenarai dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 

Pencalonan bagi kategori Pengarah Filem Terbaik.

Senarai nama tersebut diumumkan ketika majlis Malam Perasmian & Pengumuman Top 5 FFM 34 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin. 

Antara filem lain yang turut mendapat pencalonan terbanyak adalah Takluk: Lahad Datu (12 pencalonan), Soloz: Game Of Life (11 pencalonan) dan Kahar: Kapla High Council (10 pencalonan). 

Bagi kategori filem terbaik karya yang tercalon ialah Soloz: Game Of Life, Takluk: Lahad Datuk, Reversi, Blood Brother: Bara Naga dan Babah. 

Antara yang menarik perhatian pastinya kategori Pelakon Lelaki Terbaik dengan menyaksikan persaingan antara Beto Kusyairy (Reversi), Qi Razali (Babah), Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee). 

ARTIKEL BERKAITAN: FFM34 iktiraf filem genre aksi, pemenang bakal bawa pulang RM5,000

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Imaginur’ Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33

Bagi calon kategori Pelakon Wanita Terbaik pula adalah Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofea Jane (Mencari Ramlee), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu), Maya Karin (Telaga Suriram) dan Sweet Qismina (Babah). 

Hadir merasmikan majlis pengumuman itu  ialah Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. 

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman; Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib. 

Antara barisan aktor yang tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Sempena penganjuran FFM34, satu program tribute khas juga diadakan sebagai penghargaan buat penggiat seni veteran tanah air. 

Mereka yang diraikan ialah pelakon Datin Rosnani Jami, Datuk Rahim Razali dan Ruminah Sidek serta pengarah Othman Hafsham. 

Sementara itu turut diumumkan pemberian dana kandungan kreatif berjumlah RM1 juta bagi pemenang Filem Terbaik.   

FFM34 mengangkat tema Karya Kreatif, Sinema Dinamik yang bakal berlangsung pada 1 November ini di Angkasapuri , Kota Media, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV2.

Berikut adalah senarai calon akhir FFM34:

Dokumentari Terbaik 

Jusit Rantai (Lestari Kiara Sdn Bhd)

Nadi Peralihan Tenaga (Primeworks Studios Sdn Bhd)

The Tides Will Decide (Feisk Sdn Bhd)

Rindu Tak Berpenghujung (Media Prima Berhad_

Derita Zara (Primeworks Studios Sdn Bhd)

Filem Pendek Terbaik 

Jerat

Rhythm of Rainforest

Syurga Itu Mahal

SARAnghae

Tunggu Abah 

Poster Terbaik 

Tegkang 

Reversi 

Babah

Telaha Suriram

Gold

Rekaan Kostum/Busana Terbaik 

Blood Brothers: Bara Naga

Kulit Wayang

Takluk: Lahad Datu

Mencari Ramlee

Snow In Midsummer

Tatarias/Solekan Terbaik 

Snow In Midsummer

Mencari Ramlee

Kahar: Kapla High Council 

Telaga Suriram

Takluk: Lahad Datu

Lagu Tema Terbaik 

Kudeta (Kahar: Kapla High Council)

Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)

Kita Pasti Boleh (Gold)

Untuk Semua Jiwa (Soloz: Game Of Life)

Sesal (Telaga Suriram)

Skor Muzik Asal Terbaik 

Ken Hor (Takluk: Lahad Datu)

Loque (Kahar: Kapla High Council)

Muhammad Zaoff Sharqil, Donald Bangkong, Teoh Eng Hooi, Azri Yunus, Mohammad Raziz, Mohd Idham, Megat Sazali & Ahmad Huzaini (Soloz: Game Of Life)

Azri Yunuz & Hakim Kamal (Ejen Ali The Movie 2)

Jackey Yow (Reversi)

Kesan Khas Visual Terbaik 

Chee Ang (Takluk: Lahad Datu)

Faiz Hanafiah & Naim Sarip (Ejen Ali The Movie 2)

Dazrena Irman Darus (Kahar: Kapla High Council)

Basecamp VFX (Reversi)

Jehcob & Sam (Soloz: Game Of Life)

Penataan Seni Terbaik 

Halil Husairi (Mencari Ramlee)

Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)

Nazrul Asraff Mahzan (Blood Brothers: Bara Naga)

Nazrul Asraff Mahzan (Takluk: Lahad Datu)

Sam Chiang (Snow In Midsummer)

Penataan Bunyi Terbaik 

Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz: Game Of Life)

Supernova Media Sdn Bhd (Reversi)

Fadhli Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa & Qayyim Zamani (Ejen Ali The Movie 2)

Raja Ahmad Shaidaley (Takluk: Lahad Datu)

Mohsin Othman (Blood Brothers: Bara Naga)

Penyunting Terbaik 

Razaisyam Rashid (Kahar: Kapla High Council)

Lee Pai Seang (Reversi)

Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin & Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)

Lee Pai Seang (Money Games)

Wei Hong (Takluk: Lahad Datu)

Sinematografi Terbaik 

Hafiz Rashid (Mencari Ramlee)

Haris Hue (Tegkang)

Nevin Hiong (Kulit Wayang)

Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)

Teck Zee (Takluk: Lahad Datu)

Lakon Layar Terbaik

Adrian Teh & Nazifdin Nasrudin (Reversi)

Zulkarnain Azhar (Takluk: Lahad Datu)

Syafiq Yusof & Nazifdin Nasrudin (Soloz: Game Of Life)

Ashraf Modee Zain (Blood Brothers: Bara Naga)

Wan Rafiq (Babah)

Cerita Asal Terbaik 

Jimz Lee (Your Are My Son) 

Josh Nawan (Tegkang)

Syafiq Yusof & Nazifdin Nasrudin (Soloz: Game Of Life)

Zahiril Adzim & Adrian Teh (Martabat: Misi Berdarah)

Nadia Nadzri (Babah)

Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik

Michael Chuah (Redemption)

Roslan Zainuddin (Laknat)

Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers: Bara Naga)

Roslan Zainuddin (Baik Punya Ah-Long)

Ayez Shaukat (Kahar: Kapla High Council)

Pelakon Wanita Harapan

Asmidar (6 Jilake)

Michelle Lungan (Tegkang)

Siti Hariesa (Misteri Fraser 1910)

Yise Loo (You Are My Son) 

Cherry Cheng (Redemption)

Pelakon Lelaki Harapan

Koh Teng Huat (You Are My Son)

Fadhli Masoot (Kahar: Kapla High Council)

Hun Haqeem (Soloz: Game Of Life)

Vijay Ganesh (Mirugasirisham)

Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)

Pengarah Harapan

Shah Faizul (Babah)

Jimz Lee (You Are My Son)

Zahiril Adzim (Martabat: Misi Berdarah)

Megat Sharizal (Mencari Ramlee)

Josh Nawan (Tegkang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 

Puteri Rafasya (Telaga Suriram)

Jordan Kuan (Gold)

Liang Liang (You Are My Son)

Aiden Wu (Blooms Of Happiness)

Kis Aisha (Babah)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Cristina Suzanne (Babah)

Mimi Lana (Mencari Ramlee)

Vanidah Imran (Reversi)

Lisdawati (Soloz: Game Of Life)

Ellie Suriaty (Telaga Suriram)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Aedy Ashraf (Kahar: Kapla High Council)

Shukri Yahaya (Blood Brothers: Bara Naga)

Eman Manan (Takluk: Lahad Datu)

Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)

Syafiq Kyle (Blood Brothers: Bara Naga)

Pelakon Wanita Terbaik

Nabila Huda (Telaga Suriram)

Sofia Jane (Mencari Ramlee)

Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang.. Aku Tahu Asal Usulmu)

Maya Karin (Telaga Suriram)

Sweet Qismina (Babah)

Pelakon Lelaki Terbaik 

Beto Kusyairy (Reversi)

Qi Razali (Babah)

Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga)

Aeril Zafrel (Laknat)

Tony Eusoff (Mencari Ramlee)

Pengarah Terbaik 

Razaisyam Rashid (Kahar: Kapla High Council)

Dain Said (Kulit Wayang)

Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)

Zulkarnain Azhar (Takluk: Lahad Datu)

Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)

Filem Terbaik

Soloz: Game Of Life

Takluk: Lahad Datu

Reversi

Blood Brothers: Bara Naga

Babah

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain