PENYANYI dan aktivis Zizi Kirana kembali berkongsi perkembangan di media sosial selepas dibebaskan dari tahanan tentera Israel.
Dalam satu hantaran di laman Threads, Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil sempat menyapa dan bertanya khabar kepada pengikutnya.
"Assalamualaikum, hi semua. Anda semua apa khabar? Sihat-sihat selalu ya," tulisnya ringkas.
Zizi kongsi perkembangan terkini di Threads.
Hantaran tersebut mendapat banyak reaksi yang rata-rata teruja dan meluahkan rasa gembira apabila penyanyi itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Malah ramai juga yang tidak sabar untuk menantikan kepulangan Zizi ke tanah air.
Dalam masa sama, terdapat juga pengikut di media sosial yang meluahkan rasa kagum dengan semangat penyanyi itu ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN: “Baju bahagian dalam saya digunting” - Zizi Kirana
ARTIKEL BERKAITAN: Kapal dinaiki Zizi Kirana 'diculik', disabotaj tentera Israel
"Terima kasih Zizi atas apa yang telah anda lakukan. Semoga Allah merahmati kamu.
"Srikandi kita telah kembali.
"Awak telah melakukan yang terbaik. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu," komen peminat.
Zizi berdepan detik cemas apabila ditahan tentera Israel.
Zizi sebelum ini berada tiga hari di bawah tahanan tentera Israel ketika kapal misi yang dinaikinya dipintas oleh rejim Zionis.
Dia bersama 22 sukarelawan Malaysia lain kemudian dibebaskan dan dibawa ke Turki sebelum pulang ke Malaysia.
Zizi juga sebelum ini menerusi satu hantaran di Instagram miliknya berkongsi gambar terbaharu dengan ucapan ringkas 'Alhamdulillah'.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube