PELAKON dan pelawak Ieda Moin tampil menjelaskan kekeliruan susulan kenyataannya yang dikaitkan dengan dakwaan pernah terbabit dalam hubungan songsang.
Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 46, berkata, kenyataan yang dibuat dalam sebuah podcast telah disalah tafsir dan menegaskan hubungan yang dimaksudkan hanyalah sekadar kasih sayang terhadap rakan, bukan berlandaskan cinta romantik.
"Perkara ini sebenarnya dah lepas tetapi saya mahu jadikan sebagai pengajaran kepada semua.
Ieda (kiri) membuat perkongsian menerusi podcast Aididitmyway.
"Saya bukannya bercinta bagai nak rak dengan perempuan sampai mahu kahwin. Tak bercinta pun. Hubungan itu sekadar rasa sayang kepada kawan-kawan.
"Nak kata kami macam belangkas pun (selalu berkepit) tidaklah macam itu," katanya ketika dihubungi mStar.
Ditanya mengenai permulaan dirinya hampir terjerumus dengan gejala songsang, Ieda berkata, pengalaman bersekolah rendah di sekolah perempuan serta penglibatan awal dalam dunia tarian sejak usia 16 tahun membuatkan dia sering dikelilingi oleh pelbagai jenis personaliti.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian ketat ‘memanggil’ sejak kurus, Ieda Moin syukur peminat selalu tegur fasal penampilan
ARTIKEL BERKAITAN: Tak masuk akal, Ieda Moin pelakon berpengalaman tapi nak dibayar bawah RM500 untuk drama
"Saya cerita sikitlah daripada saya mula menari waktu itu umur 16 tahun. Saya dulu bersekolah rendah di sekolah perempuan. Siapa yang pernah bersekolah jenis macam ini tahulah keadaan sebenar atau situasi pelajar yang ada.
"Ada tu yang berubah nak jadi jantan (pengkid). Bila masuk sekolah menengah, saya bercampur lelaki dan perempuan tapi masih ada golongan-golongan seperti itu (homoseksual).
"Sebagai manusia, kita tidak dapat elak untuk berkawan dengan golongan seperti mereka. Kita tiada hak nak menghalang persahabatan itu," ujarnya.
Tambahnya, sebagai manusia biasa, dia tidak pernah memilih latar belakang seseorang untuk berkawan dan tidak melihat orientasi sebagai halangan untuk menjalinkan persahabatan.
"Itulah puncanya dan bila saya mula menari. Kita dalam industri pun tak lari daripada berkawan dengan golongan seperti itu tetapi orang-orang disekeliling mula menasihati saya untuk jaga pergaulan. Nanti orang ingat saya tiada perasaan kepada lelaki.
Ieda mahu setiap perkongsiannya dijadikan pengajaran buat semua.
"Saya mula terfikir dan tak mahu orang salah anggap. Alhamdulillah saya cepat tersedar," katanya.
Sebelum ini, pendedahan Ieda menerusi audio siar yang dimuat naik di saluran YouTube AididitMyWay menarik perhatian ramai apabila klip acah video berkenaan memaparkan pengakuan pelakon itu yang pernah menjadi songsang.
Susulan itu, Ieda menerima kecaman ramai kerana dituduh membuka aib sendiri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube