suria

“Rakyat Malaysia yang sanggup jadi tali barut Israel adalah pengkhianat sebenar negara” - Mimi Lana

Mimi kecaman tindakan rakyat Malaysia menyokong Israel.

LANTANG bersuara isu Palestin, pelakon Mimi Lana mengecam tindakan mana-mana pihak yang menunjukkan sokongan terhadap kekejaman Israel. 

Lebih mengecewakan lagi apabila Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, melihat sikap rakyat Malaysia sendiri yang dianggap sebagai pengkhianat. 

"Rakyat Malaysia yang sanggup jadi tali barut Israel adalah pengkhianat sebenar negara dan bodoh! 

"Demi sedikit habuan yang tak seberapa dan tak berkat, kau sanggup korbankan maruah dan tanah air sendiri," katanya. 

Perkongsian Mimi di Threads. 

Mimi meluahkan perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada Isnin. 

Menyifatkan golongan seperti itu tidak bersyukur, aktres ini juga yakin sikap sebegini akan terbongkar. 

"Tak bersyukur betul dapat hidup dekat Malaysia yang aman damai. Jangan fikir kau akan selamat dan hidup aman sebab pengkhianatan takkan dapat sembunyi selamanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen spekulasi Mimi Lana hamil lepas mohon doa anak kembar 

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle dedah Mimi Lana teringin anak kembar sebelum kahwin

"Semoga hukuman paling berat menanti setiap pengkhianat ini," luahnya. 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons dan rata-ratanya menyokong agar Mimi lebih lantang bersuara. 

Mimi antara selebriti tanah air yang sentiasa berkongsi kesedaran tentang isu Palestin termasuk perjuangan misi Global Sumud Flotilla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain