PENYANYI Tasha Manshahar tampil membuat laporan polis selepas akuan Instagram miliknya digodam oleh individu tidak dikenali.
Meskipun berjaya mendapatkan semula akaun berkenaan, Tasha atau Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 33, berkata laporan berkenaan bertujuan untuk menafikan penglibatannya dalam satu urusan jual beli dipercayai untuk memperdaya orang awam.
"Laporan ini saya buat sebagai penafian rasmi bahawa segala urusan jual beli yang berlaku melalui link WhatsApp berkenaan adalah di luar pengetahuan dan kawalan saya.
Perkongsian Tasha di Instagram.
"Ini kerana akaun Instagram ini telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab," katanya.
Tasha menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Rabu berserta gambar dia memegang salinan laporan ketika berada di sebuah balai polis.
Penyanyi ini turut meluahkan rasa simpati terhadap pengikut yang menjadi mangsa penipuan secara atas talian itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai geng makcik-makcik ‘cair’ dengan Hadie
ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bunting pelamin, gementar bakal bergelar ibu
Tasha meminta mana-mana individu yang telah terpedaya turut membuat laporan kepada pihak berkuasa dan mengemukakan bukti.
"Saya menyeru agar kalian segera membuat laporan polis dan sertakan bukti perbualan serta transaksi yang ada.
Tasha mohon mangsa tampil buat laporan.
"Sepanjang akaun digodam saya paling runsing ada yang tertipu. Mohon yang dah jadi mangsa untuk buat laporan segera," jelasnya.
Difahamkan individu yang menggodam akaun Tasha itu membuat tawaran jualan telefon pintar dengan harga rendah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube